Orang Hina Di Sisi ALLAH SWT : Mustafa Kemal Atatürk

Orang Hina Di Sisi ALLAH SWT : Mustafa Kemal Atatürk

Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Dosa Mustafa Kemal

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah: 1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung

3. Penyakit darah tinggi

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

5 Responses

  1. ========
    ========

    KALAU NAK BUAT BLOG, JANGAN LUPA MASUK SINI: http://www.leoxa.com/
    (THEMENYA TERLAMPAU CANTIK & BOLEH PULA LETAK ADSENSE)

    ========
    ========
    ramai yang telah berpindah daripada blog-blog lain ke blog Leoxa.com kerana theme yang sangat cantik

  2. sampai hati si kamal ni buat gitu. rasa nak gugur jantung haku baca azab yg di terimanya

  3. Ya Allah jauhkan lah aku dari orang2 seperti kemal..dktkan lah aku dgn orang2 yg soleh lg maha tau akan sgala siksa dan azabmu.

  4. Jika anda semua sudah membaca tentang Kamal yg hina ini maka berfikirlah, Bahawa Allah itu maha berkuasa keatas semua mahluk dan segala ciptaannya. Hanya keimanan serta ketakwaan terhadap Allah sahaja yang dapat menyelamatkan diri kita. Allah menjadikan manusia di dunia ini ada hikmahnya. Allah tidak membiarkan manusia begitu sahaja di dunia ini. Manusia asalnya adalah satu umat iaitu menyembah Allah, akan tetapi apabila manusia berselisih faham, tamak haloba, meninggalkan fitrah lalu masuk kedalam bisikan shyetan dan tidak mengingati Allah lagi maka Allah mengutuskan Rasul2, Nabi2 serta para uluamri (Ulama), berserta kitab-kitab utk menjadi petunjuk kepada manusia yan mahu berfikir supaya tidak termasuk dalam golongan manusia yang kufur. Hakikat kehidupan manusia di dunia hanya Allah. Akidah perlu kuat, beriman dengan sebenar-sebenar Iman. Iman adalah percaya dengan kepercayaan mutlak yang tiada was-was atau ada meletakan yg lain akan menjatuhkan iman kita. Allah memerintahkan dalam surah An Nisak ayat 136 ” Wahai orang2 yang beriman tetapkanlah iman kamu kepada Alah, Rasul2nya, Kitab Al Quraan yg telah diwahyukan kpd Rasulnya (Muhammad) dan kitab2 yg telah diturunkan dahulu daripada itu. Sesiapa yg kufur kpd Allah, Malaikat2nya, Rasul2nya, Kitab2nya serta Hari Ahirat sesungguhnya mereka sudah sesat dengan kesesatan yang jauh.. Maka kita perlu Ilmu dunia dan ahirat.. carilah pemimpin yang beteraskan Al-Quran, Hadis dan Sunnah. kerana supaya kelak kita tidak mendapat penghinaan yan sama seperti Kamal pemimpin yang membuang hukum2 Allah untuk mengejar kemajuan kononnya. Namanya islam tapi akidahnya kufur sehingga di laknat. Adakah pemimpin kita hari ini seperti Kamal anda di beri Allah Akal supaya berfikir maka fikir2lah jangan kita mendapat bala dari perbuatan mereka yg menolak hukum Allah. mereka senang tetapi kita tetap susah, Kita juga ditanya kelak di Ahirat.. Allah sahaja yang Benar.

  5. mohon saya nak print entry ini boleh saudara. Terima kasih

Leave a Reply