On-Time ke ‘Dating’ kita dengan ALLAH S.W.T

On-Time ke ‘Dating’ kita dengan ALLAH S.W.T

Assalamualaikum, Sahabat sekalian…

Dah lama ana tak tulis…tp kali ini ana terdetik untuk menulis berkenaan dengan tajuk yang ana createkan…mula-mula ana nak DF(Dakwah Fardiyah) pada sababat ana di surau tp malangnya tiada kesempatan..dia terlalu sibuk dengan urusannya..akhirnya ana ambil keputusan untuk curahkan di blog@net ini…blog yang moga2 menjadi saham untuk tambah pahala ana…sama2 kita usahakan…

Apa yang antum paham tentang tajuk itu?

‘Dating’ dengan ALLAH? Ehh…ade ke?

Kita sedar, ‘dating’ kita dengan ALLAH 5 kali sehari..memang sudah ditetapkan tapi ramai di antara kita lupa…ini adalah ’dating’ yang paling wajib yang mesti kita hadirkan untuk bertemu dengan-NYA….

Apa sebenarnya yang ana nak beritahu ye?

Baiklah, kita biasanya sembahyang di surau atau di masjid atau paling kurang pun di rumah…namun ramaikah di antara kita menepati masa ‘dating’ kita dengan ALLAH  SWT?

Maksud ana di sini…contohnya waktu Zohor jam 1.07 minit tp ramai kah di kalangan kita sudah berada di sejadah sebelum masuk waktu itu?Sudahkah kita bersedia untuk menemui Sang Pencipta sebelum panggilan di sahutkan?

Okey, untuk memudahkan lagi maksud ana…kita relatekan dengan situasi semasa…

Sebagai contoh, Si Kacak akan dating dengan Si Cantik di Tasik Shah Alam jam 2.00 petang..ana berani jamin sebelum jam 2.00 petang, comfirm Si Kacak atau Si Cantik sudah bersedia dan telah sampai di tempat dijanjikan…

Tp adakah kita lakukan seperti ini semasa ‘berdating’ dengan ALLAH SWT?

Tidak bolehkan kita bersedia berada dirumah ALLAH sebelum waktu azan di laungkan?

Ana agak sedih bila melihat sahabat2 ana masih leka dengan aktiviti lapangnya meskipun telah tahu bahawa masa ‘dating’ dengan ALLAH dah hampir…lebih rela menunggu panggilan di panggil sebelum bergerak….

Bila dibandingkan dengan contoh semasa berdating dengan makhluk vs ‘berdating’ dengan Yang Maha Esa, ana terfikir…layakkah kita untuk meminta belah kasihan ALLAH di akhirat kelak?

Tidak malu kah kita wahai makhluk ALLAH?

Ana terpukul dengan sifat diri ana sendiri…malunya ana untuk bertemu dengan-NYA nanti…ana mahu mengubahnya Ya ALLAH…

Semoga sedikit sebanyak apa yang ana luahkan di renung-renungkan..maaf di pinta sekira ana tersilap tulis..

Semua yang baik datang dari ALLAH SWT, yang lemah itu dari kelemahan ana sebagai hamba ALLAH yang masih mencari sinar2 kesucian Islam…

JZKK…