Hukum Alat Muzik

HUJJATUL ISLAM IMAM AL-GHAZALI

Menurut Imam Al-Ghazali, tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah Nabi SAW yang melarang penggunaan alat muzik. Menurutnya, setiap instrumen muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, malah ianya tidak lebih dari kemerduaan suara burung.
Seni muzik yang dilarang kepada umat Islam ialah sekiranya ia bersekongkol di dalam keadaan yang bercampur dengan kumpulan peminum arak, penzina dan lain-lain perbuatan dosa.
(Hj. Abd. Ghani Samsudin, Ishak Hj. Sulaiman, Dr. Engku Ismail Ibrahim, “Seni Dalam Islam”, Intel Multimedia & Publication, P.J, 2001, hal. 34-39.)

*KesimpulanMenurut Imam Ghazali, semua alat muzik boleh digunakan asalkan ia tidak melibatkan perkara-perkara maksiat.

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=print&sid=10

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=print&sid=11

Jadi barangsiapa mendengarkan nyanyian dengan niat untuk membantu bermaksiat kepada Allah, maka jelas dia adalah fasik.Dan barangsiapa berniat untuk menghibur hati supaya dengan demikian dia mampu berbakti kepada Allah dan tangkas dalam berbuat kebajikan, maka dia adalah orang yang taat dan berbuat baik dan perbuatannya pun termasuk perbuatan yang benar –termasuk semua hal selain nyanyian. . Dan barangsiapa tidak berniat untuk taat kepada Allah dan tidak juga untuk bermaksiat, maka perbuatannya itu dianggap main-main saja yang dibolehkan, seperti halnya seorang pergi ke kebun untuk berlibur, dan seperti orang yang duduk-duduk di depan sofa sekedar melihat-lihat, dan seperti orang yang mengkelir bajunya dengan warna ungu, hijau dan sebagainya.
(Halal dan Haram dalam Islam- Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi)

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=print&sid=12

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=print&sid=13

One Response

  1. Assalamualaikum,

    Tentang niat bermain alat muzik itu untuk kebaikan atau ia bermanfaatkan, itu adalah salah kerana banyak lagi hiburan yang terang-terang Halal dan tidak samar atau tidak jelas status hukumnya. Seperti, street soccer, sepak takraw, main game Playstation yang baik2 seperti game bola, banyak lagi hiburan yang jelas sekali Halal. Semua hiburan yang jelas Halal boleh menjadi Haram jika berlebih-lebihan, bukan hiburan sahaja tetapi dalam banyak perkara yang lain. Pokoknya, mesti pandai memilih nikmat2 yang baik dan jelas Halal untuk kita. Mengapa masih memilih perkara yang khilaf. Elakkan perkara yang khilaf.

    Bukti-bukti tentang permainan alat muzik dalah berikut:

    Di dalam Sahih Al-Bukhari:
    Abu Malik Al-Asyaari (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) bersabda, “Akan ada beberapa kaum dari umatku yang menghalalkan zina, sutera (bagi lelaki), khamar dan alat muzik dan beberapa kamu akan turun/berhenti di sudut sebuah bukit yang tinggi. Para penternak datang kepada mereka di waktu petang dengan membawa haiwan-haiwan ternakan mereka kerana sesuatu keperluan, lalu merka berkata: Datanglah semua menemui kami esok. Lantas Allah (SWT) memusnahkan mereka pada waktu malam dan menjatuhkan bukit yang tinggi itu ke atas mereka dan sebahagian yang lain lagi Allah mengubah rupa mereka menjadi seperti kera dan babi sampailah ke hari kiamat.”

    Di dalam Sunan An-Nasa’i:
    Telah mengabarkan kepada kami ‘Amr bin Yahya, ia berkata; telah menceritakan kepada kami Mahbub yaitu Ibnu Musa, ia berkata; telah memberitakan kepada kami Abu Ishaq yaitu Al Fazari dari Al Auza’I, ia berkata; Umar bin Abdul Aziz mengirim surat kepada Umar bin Walid yang isinya adalah: “Dan pembagian ayahmu kepadamu seperlima seluruhnya, sesungguhnya bagian ayahmu seperti bagian seseorang dari kaum muslimin dan didalamnya ada haq Allah dan haq rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, dan Ibn Sabil, maka betapa banyak penuntut ayahmu pada hari kiamat kelak, dan bagaimana ia bisa selamat orang yang banyak penututnya, dan engkau menampakkan alat muzik dan seruling adalah bid’ah didalam Islam dan sungguh aku ingin mengirim seseorang kepadamu untuk memotong rambutmu yaitu rambut yang buruk.”

    Telah mengabarkan kepada kami Mujahid bin Musa, ia berkata; telah menceritakan kepada kami Husyaim dari Abu Balj dari Muhammad bin Hathib, ia berkata; Rasulullah (SAW) bersabda, “Pemisah antara halal dan haram adalah rebana dan suara dalam pernikahan.” (Nabi Muhamad SAW tidak menyebut alat muzik selain dari rebana. Hanya rebana dan suara sahaja dibolehkan dalam pernikahan)

    Di dalam Sunan Ibn Majah:
    Telah menceritakan kepada kami ‘Amru bin Rafi’ berkata; telah menceritakan kepada kami Husyaim dari Abu Balj dari Muhammad bin Hathib ia berkata, “Rasulullah (SAW) bersabdam, “Pembatas antara yang halal dan haram adalah rebana dan suara dalam pernikahan.”

    Di dalam Sunan At-Tirmidzi:
    Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Mani’, telah menceritakan kepada kami Husyaim, telah menceritakan kepada kami Abu Balj dari Muhammad bin Hatib Al Jumahi berkata; Rasulullah (SAW)bersabda, “Perbedaan antara yang diharamkan (zina) dan yang dihalalkan (pernikahan) ialah dengan memukul rebana dan suara.” (Abu Isa At Tirmidzi) berkata, “Hadits semakna diriwayatkan dari Aisyah, Jabir dan Ar Rubayyi’ binti Mu’awwidz.” Abu Isa berkata, “Hadits Muhammad bin Hatib merupakan hadits hasan. Abu Balj bernama Yahya bin Abu Sulaim, juga terkadang disebut Ibnu Sulaim. Muhammad bin Hatib telah melihat Nabi (SAW) pada saat masih kecil.” (Di sini sekali lagi, Nabi Muhammad (SAW) hanya menyebut rebana dan suara sahaja)

    Ada juga pihak yang berbeza atau berselisih pendapat tentang derajat hadis-hadis diatas walaupun ulama telah mensahihkan atau menghasankannya. Oleh sebab ada pihak yang tidak setuju tentang derahat hadis-hadis diatas, ini bermaksud perkara tentang permainan alat muzik itu telah menjadi perkara khilaf; ada yang menghalalkan dan ada yang mengharamkan. Oleh itu, mari kita lihat dan patuh kepada ajaran Nabi Muhammad SAW yang berikut tentang isu yang dikatakan khilaf ini.

    Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abdullah bin Numair Al Hamdani telah menceritakan kepada kami Ayahku telah menceritakan kepada kami Zakaria dari As Sya’bi dari An Nu’man bin Basyir dia berkata, “Saya mendengar dia berkata, “Saya pernah mendengar Rasulullah (SAW) bersabda, Nu’man sambil menujukkan dengan dua jarinya kearah telinganya: “Sesungguhnya yang halal telah nyata (jelas) dan yang haram telah nyata. Dan di antara keduanya ada perkara yang syubat (samar, tidak jelas), yang tidak diketahui kebanyakan orang, maka barangsiapa menjaga dirinya dari melakukan perkara yang meragukan, maka selamatlah agama dan harga dirinya, tetapi siapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia terjatuh kepada keharaman. Tak ubahnya seperti gembala yang menggembala di tepi pekarangan, dikhawatirkan ternaknya akan masuk ke dalamnya. Ketahuilah, setiap raja itu memiliki larangan, dan larangan Allah adalah sesuatu yang diharamkannya. Ketahuilah, bahwa dalam setiap tubuh manusia terdapat segumpal daging, jika segumpal daging itu baik maka baik pula seluruh badannya, namun jika segumpal daging tersebut rusak, maka rusaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah, gumpalan daging itu adalah hati.” [Sahih Muslim dan Sahih Al-Bukhari]

    Jika ada pula yang mengatakan isu ini bukan isu samar (tidak jelas), yakni ia adalah perkara yang jelas dan seterang-terangnya Halal, mengapakah ada perbezaan pendapat yang tidak sudah-sudahnya tentang perkara ini? Oleh kerana ada yang menghalalkan dan ada yang mengharamkan, isu permainan alat muzik ini menjadi perkara yang diantara Halal dan Haram. Kita disuruh mengelak perkara ini, maksudnya, mengelakkan diri daripada bermain alat muzik supaya kita menyelamatkan dan memelihara Islam. Jika tidak, kita tergolong dari orang-orang yang selain atau berlawanan dengan penyelamat Islam. Di akhir hadis itu, Nabi Muhammad SAW membicarakan tentang Hati. Kenapa dibicarakan tentang Hati? Mungkin kerana dengan Hati yang suci dan bersih, InsyaAllah kita dapat menyelamatkan Islam dan seluruh dunia.

    Niat saya hanya untuk mengongsi ilmu dan membetulkan apa yang salah, hanya untuk Allah (SWT). Jika saya salah, tolong buktikan dengan Al-Quran dan As-Sunnah yang saya ini salah.

    Berpeganglah dengan teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Semoga Allah SWT memberi kita kefahaman dan sentiasa membimbing kita ke jalan yang lurus. Amin Ya Rabbal Alamin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: