Pesanan DarI Allah s.w.t.

Amaran Pemilik Setiap Jiwa….. ­ ­


Firman Allah “Adakah kamu kira, bahawa kami menjadikan kamu dengan percuma (main main saja) dan kamu tiada di kembalikan kepada Kami? An Nur 115

Kita akan bertanggungjawab atas segala perbuatan zahir dan batin terhadap sesama manusia dan Pencipta kita, Jadi JGN lah kita bertindak sesuka hati seolah kita akan hidup selama lamanya kerana kita akan mati dan kembali semula kepada Pemilik diri kita ini.

Allah tidak jadikan kita bernafas ini secara percuma saja atau tampa tujuan yg khusus atau ‘suka suka hidup dan kemudian mati habis tutup buku!!’

Seperti Firman Allah ini” Mengapa kamu menyangkal Allah, sedang kamu dahulu mati (belum ada) kemudian kamu di hidupkanNya, sudah itu di matikanNya, kemudian akan di hidupkanNya, akhirnya kamu kembali kepadaNya”Al Baqarah 28

Kita telah di beri tanggungjawab iaitu menyembahNya mengasihi kekasihNya iaitu Nabi Muhamad dan ahlulbaitnya (keluarga beliau) walaupun pada masa yg sama kita di uji oleh Allah dan cuba di sesatkan oleh syaitan (Iblis) yg ingin melalaikan tugas kita itu tadi.

Iblis menjadi musuh kita setelah berlaku peristiwa dalam surah Al baqarah 34

“(Ingatlah) ketika Kami berkata kepada malaikat; Tunduklah kamu kepada Adam! Lalu mereka itu tunduk, kecuali iblis, ia enggan, dan takbur, dan ia termasuk orang2 yg kafir”

Allah menguji kita dalam setiap kesulitan dan keadaan agar kita menjadi orang yg sabar;

Firman Allah“Tiap2 diri ( yg berjiwa) mesti merasai mati. Kami akan uji kamu dgn kejahatan dan kebajikan, sebagai satu ujian; kepada Kami kamu di kembalikan”Al Anbiyaak 35

“Demi sesungguhnya akan Kami uji kamu dgn suatu (ujian), iaitu ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, manusia dan buah buahan. Dan berilah kabar gembira orang2 yg sabar (atas ujian itu) Al Baqarah 155

Oleh itu dekatkan diri kita dengan Allah dan RasulNya walaupun ketika kita di dalam kesusahan dari ujian yg di datangkan kpd kita. Pohonkanlah doa kepada Allah agar di tunjukan jalan yg lurus dan jalan yg mereka yg telah di beri nikmat dengan penuh kesabaran.

“Tunjukil­ah (hati) kami ke jalan yg lurus. iaitu jalan orang2 yg telah Engkau berikan nikmat kepada mereka, sedang mereka itu bukan orang2 yg di murkai dan bukan pula orang2 yg sesat” Al Fatihah 6&7

Firman Allah ” Minta tolonglah kamu (kepada Allah) dgn kesabaran dan (mengerjakan) solat; dan sesungguhnya solat itu amat berat, kecuali bagi org2 yg tunduk (kepada Allah)” Al Baqarah 45

“(Iaitu) orang2 yg yakin, bahawa mereka akan menemui Tuhanya dan mereka akan kembali kepadaNya” Al baqarah 46

ALLAH SWT tidak pernah lupa akan JANJI-JANJI-NYA..Malah kita sering lupa akan janji-janji kita dengan ALLAH setelah dengan belah kasihan ALLAH SWT dapat kita hidup di Bumi ALLAH ini…Bila kamu di uji adakah kamu akan melenting?

2 Responses

  1. menagapakah islam melarang umatnya bermain alat muzik?

    • HUJJATUL ISLAM IMAM AL-GHAZALI

      Menurut Imam Al-Ghazali, tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah Nabi SAW yang melarang penggunaan alat muzik. Menurutnya, setiap instrumen muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, malah ianya tidak lebih dari kemerduaan suara burung.
      Seni muzik yang dilarang kepada umat Islam ialah sekiranya ia bersekongkol di dalam keadaan yang bercampur dengan kumpulan peminum arak, penzina dan lain-lain perbuatan dosa.
      (Hj. Abd. Ghani Samsudin, Ishak Hj. Sulaiman, Dr. Engku Ismail Ibrahim, “Seni Dalam Islam”, Intel Multimedia & Publication, P.J, 2001, hal. 34-39.)

      *Kesimpulan- Menurut Imam Ghazali, semua alat muzik boleh digunakan asalkan ia tidak melibatkan perkara-perkara maksiat.

      http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=print&sid=10

      http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=print&sid=11

      Jadi barangsiapa mendengarkan nyanyian dengan niat untuk membantu bermaksiat kepada Allah, maka jelas dia adalah fasik –termasuk semua hal selain nyanyian. Dan barangsiapa berniat untuk menghibur hati supaya dengan demikian dia mampu berbakti kepada Allah dan tangkas dalam berbuat kebajikan, maka dia adalah orang yang taat dan berbuat baik dan perbuatannya pun termasuk perbuatan yang benar. Dan barangsiapa tidak berniat untuk taat kepada Allah dan tidak juga untuk bermaksiat, maka perbuatannya itu dianggap main-main saja yang dibolehkan, seperti halnya seorang pergi ke kebun untuk berlibur, dan seperti orang yang duduk-duduk di depan sofa sekedar melihat-lihat, dan seperti orang yang mengkelir bajunya dengan warna ungu, hijau dan sebagainya.
      (Halal dan Haram dalam Islam- Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi)

      http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=print&sid=12

      http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=print&sid=13

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: