Mesej Allah daripada gempa harus difahami

BENCANA ALAM GEMPA BUMI

Gempa bumi berukuran 7.6 pada Skala Richter di Padang Sumatera Rabu lalu meninggalkan kesan yang mendalam kepada mereka terutama yang selamat. Melihat kepada bangunan yang runtuh dan ranap, mereka tidak percaya bahawa mereka masih boleh hidup.

Badrulamin Mohd Sharif, 30, dari Kuala Lumpur yang selamat sampai dari Padang pagi tadi berkata beliau dan enam orang anggota keluarga (dua anak perempuan, isteri, ibu mertua dan dua adik ipar perempuan) bercuti di daerah itu sejak Khamis minggu lalu.

“Ketika sedang membeli-belah di Kompleks Pasar Bukit Tinggi, secara tiba-tiba bangunan itu bergegar dan kelihatan orang ramai lari keluar dan menjerit gempa,” katanya.

Cemas melihat kejadian itu, beliau membawa semua anggota keluarganya bergegas keluar dari kompleks itu dan melihat orang ramai berlari ke kawasan lapang kira-kira 100 meter dari kompleks terbabit.

“Alhamdulilah, semua ahli keluarga saya selamat dan tiada yang cedera, selepas dapat maklumat daripada pihak kedutaan Malaysia di sini, saya sekeluarga dibenar pulang bersama-sama pelajar Malaysia ke tanah air,” katanya.

Badrulamin sekeluarga yang menaiki pesawat CN235 TUDM berlepas pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau bersama-sama pelajar Malaysia pada kira-kira pukul 6 pagi waktu Malaysia.

Beberapa orang mangsa yang cedera dalam kejadian itu turut bersyukur kerana masih diberi peluang hidup di dunia ini. Pelancong bukan Melayu yang baru memasuk bilik hotel pada petang hari kejadian tiba-tiba tercampak ke dalam kolam mandi. Dengan bantuan pekerja hotel itu beliau berjaya dikeluarkan dari bangunan itu.

Banyak lagi cerita aneh dan mengejutkan dapat kita dengar dari mangsa yang pulang dari bumi Padang itu. Namun berapa ramai yang dapat merasai mesej yang Allah kehendaki daripada peristiwa itu. Allah mengungkap kata-kata orang beriman, “Tuhan kami, tidaklah Kamu menciptakan sesuatu itu saja-saja, Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada api neraka.

Umat Islam apatah lagi mereka yang terlibat harus sedar bahawa Allah bila-bila masa boleh berbuat sesuatu terhadap manusia dan alam ini tanpa memberi amaran. Sudah bersediakah kita dengan amalan kebaikan dan meninggalkan dosa dan maksiat sebelum ditimpa bencana?

Malanglah mereka tanpa sebarang persiapan tiba-tiba mati dalam keadaan hina dalam gempa bumi seperti ini. Walaupun negara kita bukan negara gempa bumi, kita tidak boleh berasa selamat kerana bunga-bunganya sudah ada. Beberapa bangunan di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, dan Johor pernah mengalami gegaran walaupun tidak runtuh.

Jadi, elakkan diri kita daripada kemurkaan Allah, Tuhan kita.

Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: