Paling mudah untuk memahami ‘Demonstrasi’

demo ISa

Untuk memudahkan lagi kefahaman kita tentang demonstrasi ini, saya nyatakan begini, jika ada sekumpulan penduduk yang tidak berpuas hati dengan peraturan yang dibuat oleh ketua kampung, maka penduduk bermesyuarat mencari kata putus dan akhirnya berjaya mendapatkn persetujuan dengan beberapa ketetapan. Keputusan tersebut ditulis dalam bentuk deklarasi sepuluh perkara dan ingin dibawa kepada ketua kampung supaya peraturan yang telah dibuat diteliti semula untuk kebaikan bersama. Penduduk akan beramai-ramai ke rumah ketua kampung. Ini bagi menunjukkan bahawa mereka bersepakat dalam keputusan yang dicapai.

Cuba korang lihat, nampakkah unsur-unsur keganasan, teroris atau subversif dalam situasi yang saya tulis tersebut? Rasanya tidak ada. Baiklah, saya lanjutkan lagi…

Dalam perjalanan mereka beramai-ramai ke rumah ketua kampung (tanpa membawa sebarang senjata bahaya dan tanpa permit, nak jumpa ketua kampung kena ambil permit ke?), hanya yang dibawa adalah beberapa helai kertas deklarasi sepuluh perkara, ada sekelompok pengawal yang berkawal sekeliling rumah ketua kampung. Mereka menahan kumpulan penduduk yang datang. Kumpulan penduduk ini menyatakan hasrat mereka untuk berjumpa dan menyerahkan deklarasi tersebut. Pengawal-pengawal tadi hanya membenarkan 3 orang wakil masuk ke rumah ketua kampung untuk berbincang dan menyerahkan deklarasi tersebut. Penduduk memilih 3 orang wakil dan mereka dibenarkan masuk.

Cuba korang lihat situasi kedua ini, jika pihak polis, SB dan FRU berkawal memastikan keselamatan, membenarkan hasrat rakyat disuara dan disampaikan kepada raja tercinta, rasanya tidak akan berlaku keganasan kerana rakyat yang tidak berpuas hati hanya mahu menyuarakan pandangan mereka, adakah itu pun dikira kesalahan? Menyampaikan deklarasi yang difikirkan baik untuk semua pihak, adakah itu juga melanggar undang-undang? Pandangan saya, jika polis tidak memulakan bedilan gas pemedih mata dan semburan air berasid kepada para demonstran, sudah pasti suasana aman akan ditunjukkan oleh rakyat Malaysia yang berhimpun pada 1 Ogos lalu seumpama pengawal-pengawal yang berada di rumah ketua kampung, jika mereka memulakan tindakan ganas, sudah pasti penduduk kampung yang datang akan turut juga bertindak, sekurang-kurangnya untuk mempertahankan diri mereka.

dr Hamba Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: