Islam adalah Negara

Usul 1, 1.2  Islam adalah Negara

masjidilharam

Islam adalah Negara. Imam Hasan al-Banna menjelaskan bahawa ia bermaksud Islam menyentuh hukum-hukum yang menitik-beratkan persoalan kenegaraan. Islam tidak hanya terbatas dalam lingkungan hubungan manusia dengan Allah. Malah, Islam juga menyusun hubungan antara sesama manusia, hubungan individu dengan masyarakat dan hubungan masyarakat dengan masyarakat yang lain. Masyarakat ini pula memilih suatu sistem politik yang didukung oleh Negara. Manakala Negara pula mempunyai seorang ketua yang dikenali dalam istilah fekah sebagai imam atau khalifah. Islam telah menjelaskan asas bagi sesebuah Negara, cara memilih khalifah, hak individu terhadap Negara dan hak Negara terhadap individu. Pada zaman moden ini kajian dan perbincangan yang lengkap tentang persoalan kenegaraan dan hubungannya dengan individu dibincangkan dalam perlembagaan. Perlembagaan adalah salah satu daripada cabang undang-undang.

Negara menurut pandangan Islam adalah Negara gagasan(fikrah), gagasan Islam. Oleh itu ia bukan Negara nasionalisme, Negara etnik dan Negara iklim.

Ketua Negara dipilih oleh orang-orang Islam sesuai dengan syarat-syarat tertentu. Syarat-syarat ini tersimpul dalam dua sifat iaitu: Kemampuan dan Amanah. Tujuan perlantikan ketua Negara ialah melaksanakan syariat dan membimbing manusia melakukannya.

Kedudukan dan peranan individu dalam Negara Islam amat menonjol dan berfungsi. Ia tidak dipendam dan diabaikan. Rakyat bertanggungjawab terhadap perjalanan Negara agar tidak menyeleweng. Mereka juga bertanggungjawab terhadap ketua Negara agar beliau menunaikan kewajipannya. Atas dasar ini, rakyat berhak mengawasi, memberi nasihat, memberi petunjuk dan mengkritik. Manakala Negara pula bertanggungjawab memberikan jaminan hidup yang mulia kepada mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: