TOPIC 8 : BERSAKSI DENGAN SERUAN AZAN

TOPIC 8 : BERSAKSI DENGAN SERUAN AZAN

FIRMAN Allah SWT:

“Dan datanglah tiap-tiap diri, bersama-samanya, seorang malaikat pengiring dan seorang malaikat yang menjadi saksi.”

                                                                                                                        ( Qaf: 21)

 

APABILA seseorang dibangkitkan dari kubur, maka Allah SWT menyediakan malaikat sebagai juru iring dan seorang malaikat sebagai saksi (pengawas) kepada manusia untuk dihadapkan kepada Allah Taala.

            Dalam ayat ini, Tuhan memperlihatkan kehebatan kerajaan-Nya yang bersiap sedia untuk memberikan kawalan yang ketat dan rapi, iaitu seorang malaikat sebagai juru iring dan pengawas yang akan mengawasi setiap manusia pada hari Kiamat.

            Keadaan ini berbeza dengan kerajaan manusia di muka bumi ini yang hanya mampu mengadakan sebuah balai polis dengan beberapa orang anggota untuk mengawal berpuluh-puluh ribu manusia dalam sesuatu kawasan. Oleh sebab itu, masih banyak penjenayah yang masih bebas, tidak dapat dikesan oleh anggota polis berkenaan.

            Di Akhirat, setiap orang akan mempunyai saksi, bukan sekadar malaikat pengiring dan malaikat juru saksi, tetapi sebagaimana yang telah disebutkan dahulu, begitu banyak saksi yang telah dinyatakan oleh nas al-Quran dan juga hadis Nabi SAW.

            Jika di dunia, para penjenayah banyak masih bebas tidak dapat dijejaki oleh anggota pasukan keamanan, namun mereka tidak dapat lepas daripada pengawasan Allah SWT di Akhirat kelak kerana para saksi yang telah ditetapkan oleh Allah SWT akan melaporkan segala kerja jahat yang dilakukan oleh mereka.

            Muslim RA meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Said Al-Khudri katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya harta dunia itu adalah hijau-hijauan dan manis-manisan. Sebaik-baik orang yang memiliki harta ialah mereka yang memberikan sebahagian hartanya kepada fakir miskin, anak yatim, dan ibu sabil. Barang siapa yang memiliki harta tetapi tidak menunaikan hak harta itu, ibarat orang yang dijangkiti penyakit lapar (kebulur) seumur hidup.”

            Demikianlah Nabi SAW melukiskan sifat harta benda itu ibarat rumpun atau pepohon yang hijau, nyaman mata memandang, sejuk di mata dan senang di hati. Semua orang suka dengan hijau-hijauan lebih-lebih lagi bagi penduduk yang tinggal di padang pasir dan bukit batu pejal yang tidak ada tumbuh-tumbuhan, sudah tentu pandangan yang menghijau merupakan sesuatu yang menjadi idaman mereka.

            Justeru, sukarlah sesiapapun untuk melepaskan taman yang hijau dan buah-buahan yang ranum segar itu kepada orang lain. Akan tetapi Rasulullah SAW memberitahu bahawa sebaik-baik manusia yang memiliki harta ialah mereka yang sanggup memberikan sebahagian hartanya itu kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan juga musafir kelana.

            Harta benda yang ibarat dusun-dusun menghijau dan buah-buahan ranum manis dan segar selalunya menambat hati manusia. Kadangkala pengaruh harta itu terlalu kuat sehingga mereka amat berat untuk menghulurkan atau mendermakannya kepada orang lain. Kepada golongan ini, Nabi SAW menyifatkan mereka sebagai golongan manusia yang tidak menunaikan hak harta. Mereka seolah-olah dihinggapi penyakit tidak pernah kenyang walaupun perutnya telah diisi dengan makanan sepanjang masa.

            Sesungguhnya harta dunia itu akan menjadi saksi pada hari Kiamat kelak. Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara yang bakal menjadi saksi ialah “laungan azan”, sebanyak mana makhluk yang mendengar seruan azannya itu, sebanyak itulah yang akan menjadi saksi di Akhirat kelak. Yang mendengar seruan azan itu bukan hanya manusia dan malaikat sahaja tetapi setiap yang wujud sama ada batu atau pasir, tumbuh-tumbuhan dan seumpamanya. Kesemuanya akan menjadi saksi.

            Justeru, sempurnakanlah azan dengan suara yang lantang. Setiap kali datangnya waktu solat fardu di mana-mana sahaja seseorang itu berada supaya akan lebih banyak yang akan menjadi saksi di Akhirat kelak.

 

One Response

  1. […] seIndah Mutiara hAti TOPIC 8 : BERSAKSI DENGAN SERUAN AZAN 3 beberapa minggu yang […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: