Lagi cerita tentang kewujudan tuhan

Lagi cerita tentang kewujudan tuhan


Ada seorang pemuda mempunyai persoalan yang merunsingkan pemikirannya. Jadi dia ambil keputusan untuk bertanya pada tok imam di kampungnya.

Pemuda: Saya ada tiga soalan yang ingin bertanya pada tok imam:

Soalan pertama; Tunjukkan kepada saya bukti kewujudan tuhan itu?

Soalan kedua; Apa yang dimaksudkan dengan takdir?

Soalan ketiga; Syaitan dan neraka diperbuat daripada api, tetapi mengapakah syaitan dicampak kedalam neraka dan bukannya kedalam air?

Lalu tok imam menampar pemuda tersebut dan berkata.

Tok imam: Tamparan ini untuk menjawab ketiga-tiga soalan tadi, sakit tak tamparan itu?

Pemuda: Tentulah sakit!

Tok imam: Boleh tunjukkan pada saya rasa sakit itu?

Pemuda tersebut terdiam dan itulah jawapan untuk soalan pertama tadi.

Tok imam: Saya nak tanya adakah malam tadi saudara bermimpi saya akan menampar saudara atau telah tahu saya akan menampar saudara?

Pemuda: Tidak!

Jadi, itulah yg dinamakan takdir, soalan kedua sudah pun terjawab.

Tok imam: Tangan ini diperbuat daripada apa ya?

Pemuda: Tanah!

Tok imam: Jadi tamparan tadi menunjukkan pertembungan antara tanah dan tanah dan itu juga menyakitkan. Jadi, syaitan juga akan berasa kesakitan jika di humban kedalam api.

Terjawab sudah soalan ketiga.

Lalu pemuda itu pulang ke rumah dengan penuh keinsafan.

Pengajaran dari kisah ini, jangan mempersoal dan meragui kekuasaan Allah Subhanahu Wa Taala

4 Responses

  1. “Lalu tok imam menampar pemuda tersebut dan berkata.

    Tok imam: Tamparan ini untuk menjawab ketiga-tiga soalan tadi, sakit tak tamparan itu?

    Pemuda: Tentulah sakit!

    Tok imam: Boleh tunjukkan pada saya rasa sakit itu?”

    Kalau saya, saya tampar balik si Pak Imam; tengok kalau dia pun rasa sakit. Masalahnya di sini ialah perasaan sakit tidak boleh disamakan dengan tuhan, jadi soalan si pemuda sebenarnya masih belum terjawab.

  2. “Tok imam: Saya nak tanya adakah malam tadi saudara bermimpi saya akan menampar saudara atau telah tahu saya akan menampar saudara?

    Pemuda: Tidak!

    Jadi, itulah yg dinamakan takdir, soalan kedua sudah pun terjawab”

    Biarlah saya menyambung dari sini. Adakah si Tok Imam menampar si Pemuda kerana perkara itu sudah pun ditakdirkan, atau adakah si Tok Imam menampar si Pemuda mengikut kehendaknya sendiri?

  3. “Syaitan dan neraka diperbuat daripada api, tetapi mengapakah syaitan dicampak kedalam neraka dan bukannya kedalam air?”

    Soalan ini tidak masuk akal bagi saya. Saya tidak akan pernah menanya soalan itu.

    “Tok imam: Tangan ini diperbuat daripada apa ya?

    Pemuda: Tanah!”

    Perkara yang kedua ini lebih mengelirukan. Manusia tidak dijadikan dari tanah.

  4. Saudara Malay Atheist, sakit itu bukanlah disini mrujuk kepada persamaan dengan Tuhan, ini adalah kerana kita tahu bahawa rasa sakit itu ada walaupun kita tidak nampak akan *sakit itu. Samalah juga dengan Maha Pencipta. Walaupun kita tak nampak, tetapi kita dapat merasakan bahawa Allah SWT itu ada.

    yg kedua, tampar itu dikaitkan dengan takdir kerana, takdir disifatkan sesuatu yang ghaib yang kita tidak boleh mengagak ataupun meneka dengan tepat apa yang akan terjadi pada esok,lusa atau tulat atau berikutnya kerana ianya kuasa Tuhan. Tidak kira walau kehendak sendiri atau semulajadi, jika tidak diizinkan Tuhan, amat pasti bahawa ianya tidak akan terjadi.

    Dan yg ketiga, manusia asalnya daripada tanah. malaikat dijadikan daripada cahaya. dan Syaitan&iblis dijadikan daripada api. Ianya telah termaktub di dalam kitab Al-Quran dan itulah ia, kehebatan kuasa Ilahi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: