Imam Syahid Hasan al-Banna – Ikhwan Muslimin

 

Imam Syahid Hasan al-BannaIkhwan Muslimin

Pencetus Kebangkitan Ummah

 

Nama Imam Hasan al-Banna bukanlah baru dalam arena dakwah global, khususnya bagi pendukung gerakan Islam seluruh dunia, mentelah lagi pada 2006 merupakan ulang tahun hari kelahiran beliau ke-100. Beliau dilahirkan pada 14 Oktober 1906.

 

Bapanya, Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna, merupakan seorang tokoh ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal, lulusan Universiti Al-Azhar, yang menulis dan menyumbang kitab-kitab hadis dan fiqh perundangan dan juga memiliki kedai membaiki jam dan menjual ‘gramophone’.

 

Syeikh Ahmad turut mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir Al-Quran dan hadis kepada penduduk tempatan, dan dia banyak dipengaruhi oleh fikrah serta cita-cita perjuangan Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani.

 

Di tangan ayahandanyalah, Imam Hasan memperolehi banyak maklumat khususnya berkaitan isu agama dan fikrah-fikrah yang segar mengenai perjuangan menegakkan kebenaran yang dipelopori oleh Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani.

 

Ketika Hasan al-Banna berusia 12 tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluk wal-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah.

 

Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penih pada tahun 1922. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian berperanan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.

 

Pada tahun 1923, pada usia 16 tahun dia memasuki Dar al’Ulum, sekolah latihan guru di kaherah. Kehidupan di ibu Negara menawarkannya aktiviti yang lebih luas berbanding di kampong dan peluang bagi bertemu dengan pelajar Islam terkemuka(kebanyakkannya dengan bantuan kenalan ayahnya), tetapi dia amat terganggu dengan kesan kebaratan yang dilihatnya di sana, terutamanya peningkatan arus secular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan social secular terdorong kearah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuh nilai moral tradisional.

 

Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama’atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat-tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai.

 

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda dan Farid Wadji.

 

Pada tahun akhirnya di Dar al-Ulum, dia mencadang mezuhudkan dirinya menjadi ‘penasihat dan guru’ bagi golongan dewasa dan kanak-kanak, agar dapat mengajar mereka ‘matlamat agama dan sumber kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan’.

 

Beliau mendapat ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bahasa Arab di sekolah rendah kebangsaan di Isma’iliyya, sebuah Bandar yang terletak di zon Terusan Suez.

 

Di Isma’iliyyah, sebagai tambahan kepada kelas siangnya, dia melaksanakan matlamatnya member kelas malam bagi keluarga anak muridnya. Dia juga berceramah di masjid, malah di kedai kopi, yang masa itu masih baru dan dipertikaikan moralnya.

 

Pada awalnya, sesetengah pandangannya berkenaan dengan pelaksana Islam yang mudah mendorong kepada tentang hebat dengan elit keagamaan tempatan dan beliau mengamalkan polisi mengelakkan kontroversi agama.

 

Setelah berkhidmat 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau meletak jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah dengan berkesan dalam masyarakat di Bandar itu. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadi Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.

 

Ternyata Hasan al-Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam 3 peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan.

 

Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihadmenlaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas seterusnya . Ikhwan Muslimin Berjaya menjadi sebuah gerakan yang mengegarkan Mesir selepas Perang Dunia Kedua apabila gerakan itu turut bertanding dalam perebutan kuasa politik.

 

Dalam satu ucapan tegasnya ada menyebut “Wahai kaumku, sesungguhnya saya menyeru kepada kalian, bahawa al-Quran ada ditangan kanan saya dan sunnah ditangan kiri saya dan amal para salafussholih dari umat ini sebagai teladan”.

 

“Saya dan rakan-rakan seperjuangan menyeru kepada kalian untuk kembali kepada Islam; ajaran dan hidayah Islam adalah sistem kehidupan yang komprehensif, mencakup segala aspek kehidupan, dia merupakan Negara dan bangsa, atau pemerintahan dan umat, dia merupakan akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan, dia merupakan thaqofah dan undang-undang atau ilmu dan hokum, dia merupakan materi dan harta atau usaha dan kekayaan, dan dia merupakan jihad dan dakwah atau prajurit dan ideology, sebagaimana dia merupakan akidah yang bersih dan ibadah yang benar satu sama lainnya.”

 

Pengaruh Ikhwan yang kian kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa’di yang bertindak mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan.

 

Sesungguhpun begitu Hasan al-Banna tidak ditahan dan beliau cuba sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan. Malangnya usaha beliau belum berakhir sehinggalah ditembak pada waktu Zuhur 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin.

 

Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian Perdana Menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin.

 

Jenazah al-Imam Hasan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengekebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.

Gambar Imam Syahid Hasan al-Banna

4 Responses

  1. […] link lain: Imam Syahid Hasan al-Banna – Ikhwan Muslimin […]

  2. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatu

    Salam Wahai Sahabat….
    Terimakasih kamu udah berkunjung ke My Site……
    Sama2 istiqomah, mari kita saling berbagi pengetahuan masalah Islam……Mari kita tegakan Syiar ISLAM di seantero dunia ini….

    Martapura – Kalimantan Selatan

  3. Makasih ya atas kunjungannya ke Websiteku

    Smoga kita tetap berjuang demi tegaknya risalah ISLAM.

    Amin.

  4. Sekiranya perjuangan imam Hasan al Banna anda rasa hebat, maka anda akan kagum dengan cinta dan kasih beliau terhadap keluarganya. Bacalah ‘Cinta di rumah hasan al banna’ karya Muhammad Lili Nur Aulia dan rasakan kehalusan peribadi beliau dalam mendidik anak2nya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: