UNTA MENJADI HAKIM

UNTA MENJADI HAKIM

https://i0.wp.com/www.toursoperatorindia.com/rajasthan/gifs/camel-safari-rajasthan.jpg

Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, “Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu.”

Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, “Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini.”

Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, “Hai unta, milik siapakah engkau ini ?”

Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, “Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta.”

Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, “Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar.”

Jawab orang Muslim itu, “Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali.”

Rasulullah s.a.w bersabda,

“Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku.”

Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.

6 Responses

  1. minta maaf bertanya..sahih ke cerita ni?..kebiasaanye kalau Rasulullah buat silap Allah akan wahyukan terus kepada baginda.bukannya suruh unta bagitau.
    -ingin mendapat kepastian

  2. aikk..mane lak hilang komen saya semalam..xpelah.saya tanya lg..ke x blh tanya?

  3. opps..dah kluar dah

  4. tp Rasulullah telah memutuskan untuk menghukum Muslim yang dituduh itu..boleh ustaz terangkan dengan lebih lanjut?

  5. Asmlkm saudadra nazrin. kisah ini dijadikan teladan kerana untuk menunjukkan bukti bahawa kuasa Tuhan itu tidak terbatas. jadi sepatutnya saudara nazrin tidak harus berasa curiga. Setiap perkara yang telah berlaku itu pasti ada hikmahnya. Dan ia nya merujuk kepada amalan dan kelebihan si muslim itu bersalawat ke atas kekasih-Nya. Wallahualam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: