Nasihat : Sembang santai bersama Presiden PAS

Nasihat : Sembang santai bersama Presiden PAS

Setelah berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu selama enam hari semenjak dimasukkan pada 10 April lalu, kini Presiden PAS Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sudah mula menjalankan tugasnya seperti biasa dan sempat berseloroh dalam suasana ceria ketika ditemubual wartawan dan jurugambar Harakahdaily di Pejabat Agung PAS pagi semalam.

“Saya semakin sihat. Cuma doktor nasihatkan supaya saya mengemaskinikan program yang perlu dihadiri dan jadual kerja yang begitu padat menyebabkan kesihatan saya boleh terjejas,” kata Ustaz Hadi sebagai mukadimah perbualan dengan Harakah.

“Pun begitu saya tetap akan hadir ke Parlimen dan mesyuarat PAS Pusat yang akan diadakan tidak lama lagi. Terima kasihlah kepada semua yang mendoakan dan prihatin kepada saya selama ini.”

Dalam pada itu beliau menjelaskan walaupun dinasihatkan supaya banyak beristirehat namun tidak bermakna beliau perlu melupakan tanggungjawab beliau sebagai seorang Presiden dan tenaga pengajar dalam kuliah-kulaih agama yang dianjurkan.

Katanya beliau masih meneruskan sesi kuliah dan mengajar hari Jumaat dan malam Khamis di Terengganu kerana itu merupakan jadual wajib beliau sebelum menjadi Presiden PAS lagi dan memperuntukan hari Sabtu, Ahad dan Isnin bagi tugasan rasmi, bertemu masyarakat dan berceramah di luar negeri kelahiran beliau itu.

“Sesibuk mana pun pasti dapatkan tidur yang cukup… itu pesan bekas Presiden PAS Almarhum Dr Haji Abbas kepada saya.

“Duduk diam pun boleh memberi tekanan. Jadi waktu lapang saya mengikuti perkembangan politik melalui akhbar dan internet termasuk menghabiskan masa menulis,” katanya yang pernah menulis sebanyak 30 buah buku pelbagai judul.

Katanya, Islam mengajar umatnya untuk tidak membazirkan waktu dengan melakukan perbuatan sia-sia malah ketika berehat pun manusia dituntut untuk melakukan sesuatau yang mendapatngkan manfaat yang menyebabakan beliau sendiri ‘tidak duduk diam’ dan sentiasa mengisi masa terluang dengan plebagai aktiviti.

Dalam pada itu mengulas isu kesihatan Ustaz Hadi berkata sebagai ahli politik yang perlu bercampur dengan segenap lapisan masyarakat, beliau menghadapi masalah untuk mengawal pemakanan yang menjadi antara punca terganggunya kesihatan beliau selama ini.

“Kita tidak boleh tentukan dan pilih makanan ketika bermasyarakat, pergi ceramah atau hadir ke majlis walaupun ada yang tahu tetapi kita raikan mereka dan saya pun tidak pernah memilih..semua boleh.

Image“Masalahnya sebelum ceramah mereka sajikan makanan dan selepas ceramah pun makan lagi.Kita tahu mereka sayang kepada pemimpin, dan menyediakan pelbagai jenis

hidangan tapi…nampaknya kena ada kawalan sikitlah,” katanya tersenyum.

Ustaz Hadi sempat menceritakan antara hobi yang ‘dirindui’ beliau yang sudah tidak dapat dilakukan secara kerap semenjak menjadi Presiden ialah turun ke laut menjala ikan.

“Itulah kalau ada masa, saya akan ikut bot-bot untuk ke laut menjala ikan…hobi saya sejak zaman kanak-kanak lagi. Ia memberi ketenangan dan saya dapat menghirup udara bersih,” katanya ketika berbicara di dalam pejabatnya.

Ditanya tentang amalan harian beliau dan kaedah menghadapi pelbagai serangan fitnah dan tohmahan termasuk masalah-masalah dalam arena politik yang memberi tekanan atau ‘stress’ bagi sesetengah pemimpin politik, Ustaz Hadi berpandukan amalan yang ditinggalkan oleh Rasullulah s.a.w. kepada umatnya yang berada dalam gerakan Islam.

“Kalau ada banyak masalah, banyakkan solat… itu yang Nabi ajar. Solat pemberi semangat dan inspirasi kepada kita dan sebab saya itu tidak ada masalah yang rumit sehingga tidak boleh diselesaikan dan menganggu tidur saya.

“Bagi fitnah dan tohmahan yang dilemparkan oleh musuh, saya anggap ianya memberi pahala kepada saya jika kita sabar.

Nasihat beliau kepada rakan-rakan politik terutama yang berada dalam gerakan Islam dan menghadapi segala cabaran daan rintangan ialah supaya sentiasa meningkatkan dan mendekatkan diri dengan Tuhan di samping menambahkan ilmu dengan membaca dan melaksanakan amalan agama sebaik mungkin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: