Apa Rakyat Terengganu dapat dengan hasil MINYAK ?

Apa Rakyat Terengganu dapat dengan hasil MINYAK ?

Oleh tokmatsap

a
Jika royalti `yang disekat-sekat` lima peratus itu bernilai RM1 Billion, bermakna nilai sebenar petrolium yang `dilunggah atau dikorek` di perairan Terengganu tentulah RM20 billion setahun.

Angka itupun rasanya dikira tatkala nilai pasaran antarabangsa dibawah USD100 setong sedangkan nilai sekarang sudah lebih daripada itu.

Saya tak pasti sama ada rakyat Terengganu perasan atau tidak, akan nilai sebenar yang amat besar itu kerana balik-balik angka yang disebut ialah RM1 billion.( Nilai ini cuma 5% dari 20 billion )

Besar betul nilai sumbangan dan pengorbanan rakyat Terengganu kepada kerajaan pusat melalui petronas. Jumlah itu belum dicampurkan lagi dengan sumbangan oleh Sarawak yang lebih besar lagi.

Justeru kemana perginya yang RM19 bilion lagi itu. Saya tak tahu kerana bukan bidang saya namun rasanya tentulah belum ditolakkan dengan kos pengeluaran manakala selebihnya kepada petronas yang tentunya untuk kerajaan pusat.

Jika sudah dapat sumbangan begitu besar daripada perairan Terengganu apa salahnya berikan terus yang RM1 billion itu betul-betul kepada kerajaan Terengganu. Cuma 1 sedangkan kamu dah ambil 19.

Kesian benar dengan rakyat Terengganu. Dengan hasil bumi yang begitu besar yang kamu miliki sepatutbya kamu boleh hidup senang sekalipun tidak sekaya rakyat Brunei Darussalam.

Kepada orang Terengganu, teruskanlah perjuangan menuntut hak kamu itu. Sebagai orang Islam dari Negeri Sembilan saya akan terus mendoakan kejayaan perjuangan kamu.

p/s : Walaupun kerajaan pusat menyekat kewangan semasa kerajaan PAS memerintah Terengganu ( 1999-2004 )..statistik kemiskinan tegar pada masa itu..Terengganu berada paling cemerlang tempat ke-4..Malangnya bila kerajaan UMNO mengambil alih kembali Terengganu ( 2004-2008) statistik miskin tegar jatuh pada tempat ke-2 ( tempat yang sama sebelum 1999 )..

Kenapa boleh jadi macam tu?? Sedangkan masa itu, kerajaan pusat tidak menyekat kewangan di era kegemilangan UMNO di Terengganu..Tp apa rakyat dapat?? kalau dikutkan logik..kemiskinan tegar masa itu boleh diperbaiki..mungkin berada di kedudukan 7 atau lebih baik lagi…

Mengapa rakyat Terengganu masih mengundi UMNO pada PRU yang lalu..adakah Rakyat Terengganu tidak boleh berfikir?? Sama2 kita fikir natijahnya…

4 Responses

  1. Terengganu memang ada beruntung dari minyak. Kita dalam Malaysia, maka patutlah hasil dari Negeri tersebut dibahagi kepada negeri lain dalam Malaysia. Ini semua rakyat Malaysia mesti faham. Kerajaan Persekutuan mempunyai tanggunjawab keatas semua rakyat Malaysia bukan untuk sebuah Negeri saja. Kami amat terima kasih kepada rakyat Trengganu kerana dapat membahagi kekayan kepada rakyat Malaysia.

  2. Kerajaan Malaysia bertanggungjawab keatas pembahgian kekayaan sesebuah Negeri. Maka dengan itu rakyat Terengganu haruslah memahami bahawa kita in dalam Malaysia. Kalaulah pembangkang menguasai Kerajaan Persekutuan sudah tentu kepimpinan mereka tidak akan adil sebab mereka mahu melihat negeri yang miskin akan terus miskin sekiranya tidak ada hasil dari kekayan sumber asli. Maka tidaklah bertanggungjawab.

  3. salam/ salam sejahtera sengayan…

    anda kenal paham dulu konsep ISLAM…
    royalti minyak di terengganu umpama zakat…

    zakat..dalam satu mukin..zakat itu mesti dibahagikan dulu kepada semua penduduk dlm kg tu…
    kalau dh semua dapat…baru boleh di bagi keluar dari kg tersebut…

    kita tengok kes di terengganu…
    brape ramai mereka2 yg merana kesempitan hidup??
    sedangkn negeri itu kaya dgn kewangan…

    so siapa yang tidak menguruskan wang dgn baik skrg ini??

    berkenaaan dgn pembangkang…anda jgn terlalu membuat kesimpulan awl…sebagai contoh..tengok semasa pembangkang memerintah terengganu…tahap kemiskinan rakyat terengganu no brape??anda jgn lupa pada fakta ini…

    selain itu..tengok negeri kelantan…
    w’pun hampir 19 tahun..di driminasikan/dianak tirikan oleh kerajaan pusat..namun kerajaan kelantan masih mampu menangani masalah kemiskinan rakyat…

    saya harap anda byk lagi mengkaji sebelum membuat apa2 rumusan…

  4. jom join kami

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: