Bila perundangan Islam dibelakangkan, masyarakat jadi kacau-bilau

Bila perundangan Islam dibelakangkan, masyarakat jadi kacau-bilau

Walaupun telah menjadi wakil rakyat setelah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Demit dalam pilihan raya umum lalu, Ustaz Muhammad Mustapha tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pengkuliah agama.

Setiap hari beliau menyampaikan kuliah agama sama ada kuliah Maghrib atau Subuh di masjid-masjid berdekatan, di samping menyampaikan kuliah mingguan agamanya di Masjid Al-Hikmah, Kampung Padang Bongor Tanjung Mas, dekat sini sebagaimana biasa.

Ketika menyampaikan ceramah agamanya baru-baru ini beliau berkata, undang-undang yang menjadi teras kepada pemerintahan Negara seharusnya disemak semula bagi memastikan ianya mengikut kehendak syariat sebenar.

Ustaz Muhammad berkata, ekoran membelakangkan perundangan Islam sebenar dalam pentadbiran negara, menyebabkan kekacauan sering berlaku di kalangan masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan kuliah mingguannya di Masjid Al-Hikmah dan Pusat Dakwah Islamiah Angkatan Belia Islam (ABIM) Negeri Kelantan di Padang Bongor (Tanjong Mas), Jalan Pengkalan Chepa dekat sini baru-baru ini.

Sambungnya, akibat membelakangkan syariat Islam sebenar juga, menyebabkan kejadian yang bercanggah dengan agama suci itu seperti rasuah, penipuan dan berbagai lagi berlaku di mana-mana.

“Untuk itu kita hendaklah sentiasa ikhlas dalam melaksanakan pemerintahan Negara dan bukan hanya Kerana Mu Malaysia semata-mata, jika tidak itulah padah yang menimpa.

“Undang-undang negara yang ada hendaklah disemak semula bagi mempastikan ianya mengikut syariat sebenar yang dikehendaki dalam Islam,”ujarnya.

Tegasnya, dalam melaksanakan pemerintahan negara, tetapi ‘hak Allah SWT’ tidak pula diamalkan, maka ianya adalah perbuatan syirik terhadap Allah itu sendiri.

Sambungnya lagi, perbuatan syirik tidak hanya berlaku kerana mendua-duakan Allah semata-mata, sebaliknya juga membesarkan pihak lain seperti Inggeris atau Kristian.

Beliau berkata, ‘kejahatan’ paling buruk menjadi punca segala kejahatan ialah tidak mengiktiraf ketuanan, ketuhanan dan kedaulatan ‘Kerajaan Allah SWT’.

Beliau berkata, sekarang ini masih terdapat masyarakat yang terpengaruh dengan ajaran Inggeris dan Kristian dengan mengatakan politik dan agama tidak boleh dicampur adukkan sehingga menganggap agama hanya membabitkan persoalan ibadat saja.

“Adakah kita berasa susah hati atau tidak dengan kejadian kini berlaku dalam negara dan masyarakat menyebabkan rakyat menjadi sesat, bahkan banyak berlaku perkara mungkar.

“Kalau kita tidak merasa susah hati, itu menunjukkan kita tidak boleh digolongkan dalam senarai ‘pewaris Nabi s.a.w.’,”katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: