Tahanan ISA : GMI kesal tempoh tahanan ISA dilanjutkan 8 tahun

Tahanan ISA : GMI kesal tempoh tahanan ISA dilanjutkan 8 tahun

Tiada lebih memeritkan bagi mangsa ISA dan keluarga masing-masing apabila tempoh penahanan mereka dilanjutkan dua tahun lagi, selepas enam tahun dikurung tanpa bicara.

Menurut Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh, awal tahun ini seramai lima lagi tahanan ISA dilanjutkan tempoh tahanan. Mereka adalah Yazid Sufaat, Suhaimi Mokhtar, Shahrial Sirin, Dr Abdullah Daud dan Abdullah Minyak Silam.

“Kami sangat kesal dengan keadaan ini. Surat yang dikeluarkan kepada tahanan tidak memberitahu alasan penahanan mereka dilanjutkan. Seolah-olah mereka tidak menganggap tahanan itu manusia,” kata beliau yang ditemui, di sini, 5 April lalu.

Isteri Abdullah, Siti Norma, hanya mampu melahirkan rasa kesal terhadap sikap Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tidak mengendahkan tuntutan tahanan dan keluarga mereka.

“Sehari sebelum pilihan raya umum lalu, iaitu 7 Mac, saya dimaklumkan tempoh lanjutan itu. Hendak kata terkejut, mungkin tidak kerana sudah menjangkakan kemungkinan tersebut.

“Hendak kata kecewa pun tidak, kerana saya tidak meletakkan harapan yang tinggi. Tapi saya kesal kerana Perdana Menteri tidak mengubah keadaan ini, malah memburukkan lagi keadaan,” tegas Siti Norma ketika dihubungi, 8 April lalu.

Bagaimanapun, beliau masih mengharapkan keadilan berada di pihaknya apabila menerima salinan surat yang ditujukan kepada Menteri Hukum Indonesia daripada Komisi Hak Asasi Indonesia, yang mendesak menteri berkenaan mengambil tindakan segera berhubung penahanan suaminya yang merupakan warga Indonesia serta tahanan lain.

Sementara itu, aktivis GMI, Norlaila Osman, yang juga isteri tahanan Mohd Sah Satray, berkata kesan penahanan ISA cukup mengharu-birukan kehidupan para tahanan dan keluarga mereka, khususnya para isteri.

Menurutnya, isteri Shahrial, Fatma Masrun mengalami keperitan dahsyat ekoran kekejaman ISA ini, apatah lagi setelah penahanan suaminya dilanjutkan dua tahun lagi, menjadikan lapan tahun.

Kata Norlaila, dengan lima orang anak yang masih bersekolah, Fatma kini menjadi seorang guru di sebuah sekolah swasta bagi menampung keperluan anak-anaknya, di samping mendiami sebuah rumah yang agak usang, di Hulu Langat.

Lebih mengharukan, isteri kepada Abdullah Daud, Zakiah Mat terpaksa menanggung 12 orang anak mereka yang sedang membesar di Johor Baharu.

“Dengan kos sara hidup yang tinggi di JB, beliau terpaksa bersengkang mata, membanting tulang empat kerat bagi memenuhi keperluan anak-anaknya yang sedang membesar.

“Beliau terpaksa bangun seawal jam empat pagi untuk menyediakan kuih untuk jualan. Lingkaran hitam di bawah matanya menunjukkan penderitaan yang ditanggungnya ekoran kekejaman ISA,” cerita Norlaila.

Zakiah turut mengambil upah menjaga anak-anak jiran bagi menampung keperluan sehariannya.

Menyedari keperitan dan penderitaan berterusan yang dialami para isteri tahanan ISA, Norlaila berkata GMI kini dalam rangka kempen besar-besaran membebaskan seluruh tahanan terutama yang dikurung lebih enam tahun.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman memaklumkan, pihaknya yang turut tersentuh dengan lanjutan tempoh penahanan mangsa ISA itu akan berusaha mengumpulkan dana bantuan kepada keluarga terbabit.

“Harakah akan berusaha menimbulkan kesedaran awam, bukan saja untuk terus menentang kezaliman ISA dan berkempen membebaskan semua mangsa di Kamunting, tetapi juga mengutip bantuan kewangan untuk disalurkan kepada keluarga mangsa yang amat memerlukan,” ujar Lutfi.

Buat pembaca yang prihatin dengan nasib malang keluarga mangsa ISA ini, sila hantar sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336.

4 Responses

  1. Cabaran yg dialami oleh mreka yg ditahan oleh ISA adalah secebis cabaran yg harus dilalui oleh seorang pejuang. ini adalah jalan yg mereka pilih, mereka juga harus tahu kesannya. Jgn salahkan org lain , tgk diri sendiri, muhasabahlah. Bukan semua org yg ditahan di bawah ISA itu org yg tidak bersalah, kebanyakkan mereka adalah org yg mmg ‘salah’.Artikel 5 tidak menjamin apa2..

    Adalah lebih baik awak memperjuangkan nasib para tahanan di guantanamao bay, penjara abu ghuraib, palestin dan Iraq..perjuangan mereka lebih tulen dan sejati. tiada unsur2 politik didalamnya, cuma perasaan ingin berjuang di jalan agama.

    Dan kajilah mngenai pergerakan2 seperti NWO, fremasons dan juga Georgetown University in Washington DC, tempat Anwar Ibrahim menjadi profesor pelawat di situ. Kaji siapa yg berkuasa disitu, apa visi dan tujuan ‘orang’ itu. pasti awak akan terkejut akan pengaruh mereka ini dalam percaturan nasib umat Islam di seluruh dunia..

    wallahualam..semoga Allah selamatkan Umat Islam.

  2. ada bukti yang mengaitkan mereka bersalah??

    sekiranya ada bukti..mengapa tidak di bicarakan??
    dengan ini “keadilan dapat ditegakkan”…

    jgn kerana politik…anda(pihak berkuasa) tidak berlaku adil…

    Firman Allah SWT :

    Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari
    umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

    Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah.
    (Al Maa’idah 49-50)

  3. Saya sangat setuju dengan saudara Nuraiman. ISA adalah satu kezaliman dan sesiapa yang menyokong kezaliman ini akan dibalas kelak di akhirat.

  4. Urusan PEMBALASAN bukan urusan kita ‘manusia’.Biarlah Allah yg menentukan yg mana benar yg mana salah. Kita semua tak sempurna.Kita bukan ‘UMMI’.BN, PAS, PKR hanyalah satu parti politik yg tidak menjamin ‘keselamatan’ kita di akhirat. Semua org akan dihisab. Hanya Nabi Muhammad SAW yg dapat memberi syafaat pada umatnya. bukan Pak Lah, bukan Anwar, bukan Hadi, bukan Nik Aziz.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: