Wujudkan dwi undang-undang di Malaysia

Wujudkan dwi undang-undang di Malaysia

Posted on Monday, April 07

 Non Muslim tidak boleh disalahkan jika mereka menolak pembentukan negara Islam. Sebabnya persepsi mereka terhadap negara Islam merujuk kepada Undang-undang Hudud yang menurut mereka terlalu keras dan ketinggalan zaman. Lagi pun pada pendapat mereka, undang-undang tersebut datangnya dari kitab suci orang Islam yang hanya dipercayai dan dihormati oleh umat Islam sahaja.

Mereka tidak nampak hikmat di sebalik penguatkuasaan undang-undang itu dari aspek sosial, walaupun mereka adalah pengamal undang-undang, sebab perkara itu semua adalah berkaitan dengan kepercayaan agama.Justeru itu, menguatkuasakan Undang-undang Hudud dan lain-lain undang-undang yang dipetik dari Quran tidak boleh diterima oleh mereka walau dalam keadaan apa sekalipun.

sebenarnya mereka perlu diberi kesedaran awal bahawa undang-undang yang dirujuk kpd kitab suci Islam tidak wajib dikuatkuasakan ke atas mereka, tetapi wajib ke atas orang Islam sahaja kerana ia ada hubungan dengan dosa pahala, akhirat dan sebagainya.

Ini yang diamalkan di zaman awal Islam, juga di zaman Daulah Abbasiah, Umaiyah hingga zaman penguasaan umat Islam di Andalusia dan India di mana warga negaranya terdiri dari berbagai bangsa dan agama.

Contohnya sama dengan undang-undang keluarga Islam yang wajib dilaksanakan ke atas orang Islam seperti urusan nikah cerai, penjagaan anak (hadhanah), pembahagian harta se pencarian, harta pesaka dan sebagainya. Semuanya itu telah berjalan semenjak sekian lama di negara umat Islam, termasuk Malaysia dan hanya dikuatkuasakan ke atas orang Islam sahaja.

Untuk melaksanakan undang-undang jenayah (Penal Code) misalnya, tiada halangan kerajaan menggubal dua undang-undang; satu undang-undang untuk muslim dan satu lagi untuk non-muslim dan keduanya dilaksanakan di mahkamah yang sama. Jika non-Muslim dirujuk ke mahkmah , terpulanglah kepada mereka sama ada hendak memilih undang-undang Islam atau undang-undang jenayah biasa.

Jika kaedah ini dapat diamalkan di negara ini, maka soal penolakan non-muslim terhadap Undang-undang Hudud tidak berbangkit lagi.

Kita harus sedar, semenjak zaman penjajahan lagi, Malaysia sudahpun mengamalkan dwi-undang-undang dan dwi-mahkamah iaitu mahkamah sivil di bawah kuasa persekutuan dan mahkamah syariah di bawah kuasa negeri. Semuanya berjalan dengan baik sampai sekarang tanpa masalah.

Cuba tinjau pengamal undang undang bukan muslim seperti Lim Kit Siang, Karpal Singh dan lain, apakah konsep begini dapat diterima atau bagaimana? Jika tidak, apa alasan mereka dan bagaimana cara terbaik untuk menyelesaikannya?

Islam tidak mewajib hukum taklif (termasuk Undang-undang Hudud) ke atas umat bukan Islam sebagaimana yang diwajibkan ke atas umat Islam. Agama Islam cukup menjamin hak asasi bukan Islam.

Namun, Islam tidak dapat menerima jika non-muslim menolak pelaksaannya dalam negara umat Islam sedang ianya dikuatkuasakan ke atas orang Islam sahaja. Semangat kompromi di kalangan muslim dan non-muslim di negara ini perlu dimanfaatkan dalam mencari penyelesaian mengenai masalah ini.

Jika tidak, sudah lama PAS dibubar dan orang Melayu/Islam bersatu di bawah satu parti yang kukuh.

Masalahnya, UMNO yang menerajui negara semenjak 50 tahun malas memikirkan perkara ini, padahal ianya mustahak dipandang dari sudut syarak. Mereka menyibukkan diri dengan urusan duniawi sehingga sanggup mengepikan tuntutan agama yang wajib dipikul oleh mereka yang bergelar pemerintah.

Maksudnya;
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. * Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari
umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah.
(Al Maa’idah 49-50)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: