Tafsir al-Quran: Syariat terdahulu termansuh

Tafsir al-Quran: Syariat terdahulu termansuh

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Tafsir Surah al-Maidah ayat 70: Iaitu golongan yang beriman kepada Allah, hari akhirat dan beramal dengan amalan yang soleh di atas syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Orang yang hanya pandai mengaku sebagai orang Islam tetapi tidak beramal dengan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., mengikut syariat lain termasuk dari England, Rusia dan seumpamanya, semuanya ini tidak selamat.

Image

Orang Yahudi, Sobiin dan Nasara yang terus-menerus berpegang dengan agama asal mereka yang telah dinasakhkan sementara mereka tidak masuk Islam dan tidak menjadi pengikut nabi Muhammad s.a.w.

Bahkan mereka sendiri tidak mengikut kitab mereka yang menerangkan tentang kezahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada akhir zaman.

Mereka tidak selamat melainkan apabila mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat serta beramal dengan amal yang soleh di atas syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan kepada seluruh manusia dan jin di akhir zaman.

Syariat Nabi Muhammad s.a.w. menasakhkan syariat nabi-nabi zaman dahulu serta kitab-kitab zaman dahulu walaupun kita wajib beriman kepada semua nabi-nabi dan kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka namun syariatnya tidak boleh dipakai lagi kerana ia telah dinasakhkan oleh syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Barangsiapa yang melakukan amal soleh tetapi tidak menepati apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. maka amalan itu ditolak kerana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, �sesiapa yang mengada-ngadakan perkara yang bukan dari agama maka dia ditolak.�

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, Sesiapa yang beramal dengan sesuatu amalan yang bukan daripada urusan agama kami (agama Islam) maka dia ditolak (tidak diterima oleh Allah SWT).

Hanya mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta beramal dengan amalan yang soleh mengikut syariat Nabi Muhammad s.a.w. sahaja yang selamat sehingga tidak ada ketakutan lagi kepada mereka pada hari kiamat kelak khasnya.

Firman Allah yang bermaksud, Dan tiadalah mereka berdukacita.� (Surah al-Maidah: 69)

Ketika kebanyakan manusia dalam ketakutan dan dalam keadaan dukacita pada hari akhirat, mereka selamat. Mudah-mudahan kita juga selamat dengan menjadi pengikut yang sebenar kepada Nabi Muhammad s.a.w., beriman kepada Allah, hari akhirat dan mengikut ajaran Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud, Demi sesungguhnya Kami telah mengambil perjanjian setia dari Bani Israil dan Kami telah utuskan kepada mereka beberapa orang Rasul tetapi setiap kali datang seorang rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak disukai oleh hawa nafsu mereka, mereka mendustakan sebahagian dari rasul-rasul itu dan mereka membunuh sebahagian lagi.(Surah al-Maidah:70)

Dalam ayat ini Allah Taala menyebut bahawa Dia telah mengadakan perjanjian dengan Bani Israil. Perjanjian yang telah disebut di dalam Surah al-Baqarah yang telah ditafsirkan dahulu iaitulah mengesakan Allah dan menolak syirik, melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang tidak baik sebagaimana yang dibawa oleh Nabi-nabi dan Rasul-rasul a.s.

Dan ini berkaitan dengan permulaan surah ini menyebut supaya menunaikan janji dengan Allah SWT lebih besar daripada janji dengan yang lain.

Bani Israil berjanji untuk mendengar dan taat akan Allah dan Rasul-Nya. Tiba-tiba mereka telah melanggar janji itu dan mengikut hawa nafsu serta kemahuan akal fikiran mereka yang lebih didahulukan daripada hukum syariat yang diturunkan oleh Allah SWT.

Inilah antara perangai Bani Israil, mestilah menjadi pengajaran kepada orang Islam. Mereka berjanji dengan Allah apabila mereka berikrar dengan dua kalimah syahadah.

Berjanji tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah yang layak disembah dan diterima hukum-hakamnya. Tetapi Bani Israil telah melanggar janji mereka dengan Allah SWT.

Mereka mengada-ngadakan tuhan yang lain daripada Allah, mereka mengadakan hukum yang lain daripada hukum Allah.

Apabila didapati ternyata ada hukum tertentu dari Allah, mereka mengkaji terlebih dahulu dengan akal cetek mereka.

Sekiranya sesuai dengan fikiran mereka, mereka menerima dan melaksanakannya. Tetapi sebaliknya jika tidak sesuai dengan akal fikiran, mereka menolaknya dan menggantikannya dengan hukum mereka sendiri atau ciptaan manusia yang lain. Inilah perangai Bani Israil yang dilaknat oleh Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: