Apakah Umno ‘dimansuhkan’ baru tahanan ISA akan bebas?

Apakah Umno ‘dimansuhkan’ baru tahanan ISA akan bebas?

Isnin 7 April 2008 | 30 Rabi’ul Awal 1429 Hijrah

https://i0.wp.com/www.geocities.com/drmahadzir/isafamalies.jpg

“Saranan MIC supaya kerajaan membebaskan lima aktivis Hindraf yang ditahan mengikut ISA ,dibuat secara ikhlas atas dasar perikemanusiaan…”

Inilah antara kata-kata yang tertera di muka 6 akhbar Berita Harian pada,Rabu 2 April 2008 yang lalu.

Menarik juga saranan ini walaupun ianya dibuat setelah MIC kalah teruk dalam Pilihan raya Umum ke-12 yang baru saja berlalu dan orang yang membuat seruan itu, sudah tidak punya kuasa dalam kerajaan.

Ya, saya percaya, seruan itu dilakukan secara jujur. Namun, suka saya menyebutkan, sepatutnya bukan setakat MIC saja, malahan semua parti politik yang ada di Malaysia ini, sepatutnya sama-sama tampil dengan saranan dan seruan masing-masing supaya semua tahanan ISA dibebaskan, ISA dimansuhkan dan elok tutup saja Kem Kamunting yang telah menjadi tempat tahanan tanpa bicara kepada ramai ahli politik, ahli akademik dan rakyat Malaysia yang tidak berdosa.

Selama ini, Parti PAS sentiasa konsisten, atas dasar perikemanusiaan, menyeru supaya semua tahanan ISA tanpa mengira kaum, agar segera dibebaskan .Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum, KeADILan dan juga Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang, kedua-duanya pernah ditahan dibawah ISA, juga membuat seruan yang sama.

MCA masih membisu dalam isu ini, manakala Umno secara terus-terang melalui lidah para pemimpinnya (cari kata-kata mereka di Media arus Perdana),menyatakan mereka amat memerlukan ISA untuk memastikan “keselamatan Negara” tidak terancam.

Umno, sebuah parti yang selalu mendakwa memperjuangkan nasib orang Melayu yang majoritinya beragama Islam, seharusnya memberi contoh yang baik kepada parti lain, terutama dalam usaha mempertinggikan nilai-nilai kemanusiaan dan sepatutnya sanggup atau bersedia mendengar keluhan rakyat yang sedar dengan kezaliman ISA dan seterusnya menggantikan akta zalim itu dengan undang-undang lain yang sedia ada di Negara kita.

Terlalu banyak saranan, cadangan dan seruan yang dikeluarkan oleh pelbagai pertubuhan dan badan Hak Asasi dari dalam dan luar negeri contohnya seperti SUHAKAM di Malaysia dan Human Rights Watch di Amerika menyelar penggunaan ISA yang terlalu berleluasa.

Semua seruan itu sama dengan cadangan PAS,KeADILan dan DAP iaitu semua tahanan ISA diberi perbicaraan yang adil atau dibebaskan saja, dan akta ISA itu dimansuhkan saja dari perundangan Malaysia.

Namun, para pemimpin Umno yang memegang tampuk pemerintahan, kelihatan begitu “keras hati” untuk membebaskan semua tahanan ISA.Sebelum ini Menteri Dalam Negeri ialah Abdullah Badawi yang juga Perdana Menteri Malaysia. Walaupun mempunyai kuasa dua dalam satu, beliau tidak menggunakan kuasanya untuk membebaskan semua tahanan ISA.

Malahan, zaman Abdullah Badawi atau nama mesranya Pak lah, satu rekod baru telah dicipta, di mana beliaulah Perdana Menteri Malaysia yang mempunyai tahanan ISA paling lama, iaitu 6 tahun dan telah ditambah dua tahun berikutnya, kepada lapan tahun!!!Sungguh rendah perikemanusiaan Pak lah!

Terkini, masih ada 70 tahanan ISA dari pelbagai kaum dan agama masih ditahan antara 3 bulan hingga ke 6 tahun, di Kem Kamunting.

Selepas kekalahan teruk BN dalam Pilihan raya Umum ke-12 baru-baru ini, Pak Lah telah menurunkan kuasa Menteri Dalam Negeri kepada Dato’ Seri Syed Hamid Albar. Rakyat menjangka, perubahan jawatan ini akan memberi satu sinar baru terhadap semua tahanan ISA, namun segala harapan itu hampa belaka.

Ye lah, kalau dah Umno tu, Umno juga, nampaknya sikap dan pendirian Syed Hamid juga sama dengan Pak Lah, iaitu tahanan ISA belum boleh dibebaskan kerana mereka “masih menjadi ancaman” kepada Negara.

Adakah kita terpaksa menunggu Umno dan semua pemimpinnya dimansuhkan, barulah semua tahanan ISA dapat menghirup udara bebas di dunia ini? Siapakah sebenarnya yang mengancam Hak Asasi Rakyat Malaysia?

Kebenaran akan timbul juga satu masa nanti. Hanya masa yang akan menentukannya.

5 Responses

  1. Thelacy hentai rape tentacle covering slides down along sallys bra, i am evem more than the.

  2. Slm buat semua…Agak sedih juga bila baca mengenai tahanan ISA ini…tapi sebagai manusia yg punya keperibadian maka perlulah gunapakai “BERANI BUAT BERANI TANGGUNG”secara logiknya tahanan in memang menjadi ancaman pada negara tapi kerana tidak dapat dibuktikan dlm mahkamah maka satu makenisma saperti ISA ini perlu dikekalkan untuk mengawal mereka yg pandai jaga bukti ini dari memberi ancaman..Mesti ada sesuatu yg telah mereka lakukan yg mana bila penjaga keselamatan negara menilaikan bahawa mereka ini perlu di asingkan kerana boleh menjadi satu ancaman pada negara..ini bukan soal parti umno,pas atau dap kerana banyak blogger dan kepimpinan parti pembangkang menyerang umno,bn dan kerajaan habis habisan hingga keperingkat guna bahasa yg kesat TAPI TAK DITANGKAP PUNNN…PK..PK..LA….kes naya ni cerita lama dan lama dah dok dengar….slm simpati pada keluarga mereka yg ditahan ini moga Allah beri kesabaran dan ketenangan dan bagi Tahanan ISA ini pula renung dan check-up kembali cara anda nak capai matlamat….gunakan cara yg Karpal Singh,Tuan HJ.Nik Aziz dan Anwar kerana ia lebih berkesan dan praktikal buat negara Malaysia ini…pokoknya mereka TAK PUN DITANGKAPTAHAN…orang Pandai selalu kecundang ..hanya yang Cerdik sahaja dapat bertahan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: