Memperkasakan PAS

Memperkasakan PAS

a
Kini tiba masanya PAS sebagai sebuah parti siasah yang semakin mendapat perhatian dari rakyat melangkah lebih jauh lagi. Semakin ramai golongan profesional dan bijak pandai menyertai perjuangan PAS samada secara terang-terangan atau menyokong dari belakang.

PAS sekarang ini, semakin diterima di Johor dan Negeri Sembilan dengan menangnya 2 kerusi DUN di Johor dan 1 kerisi DUN di Negeri Sembilan. Negeri-negeri ini, sebelum ini adalah kubu kuat UMNO di mana sesiapa yang bertanding dalam pilihanraya sebagai calon UMNO sudah gerenti akan menjadi wakil rakyat selepas itu. Namun begitu,  mimpi indah UMNO di Johor dan Negeri Sembilan Semakin tergugat.

Adalah diharapkan ADUN PAS di Johor dan Negeri Sembilan dapat berkhidmat dengan baik kepada masyarat dan menjadi contoh kepada masyarat di lain-lain bahagian di kedua-dua negeri tersebut.

Untuk itu parti PAS dengan kepimpinan yang ada  pada masa sekarang jangan mengabaikan peranan dakwah dalam mendidik masyarat agar lebih sayangkan kepada agama dan mempraktikkan ajaran islam dengan sebaik mungkin. Peranan dakwah ini perlu diteruskan dari semasa ke semasa kerana ia dapat membentuk ummat yang beriman dan cintakan agama.

Selain itu, PAS bersama dengan Pakatan Rakyat (PR) perlu merancang lebih jauh lagi sebagai sebuah parti siasah yang berupaya menggantikan BN dalam pemerintahan negara. PAS perlu bersedia ke arah itu.

Maka, satu perancangan jangka pendek (tempoh 5 tahun-satu penggal)dan jangka panjang (20-30 tahun) perlu digubal dan dilaksanakan untuk memenangi hati rakyat pelbagai kaum tanpa mengabaikan prisip-prinsip islam dan perjuangan PAS.  Untuk itu, satu kumpulan pemikir atau satu unit yang mengumpulkan kumpulan pemikir  PAS perlu diwujudkan. Kumpulan pemikir ini hendaklah terdiri dari kalangan ulama, profesional dan pakar-pakar dari pelbagai bidang yang tugasnya hanya memikirkan strategi-strategi yang perlu dimainkan dan dijalankan oleh PAS untuk tempoh jangka pendek dan jangka panjang untuk memenangi hati rakyat dan seterusnya memenangi pilihanraya. Idea-idea yang bersesuaian dari kalangan pemikir ini hendaklah dilaksanakan oleh unit-unit PAS dari peringkat atasan kepimpinan hingga ke peringkat akar umbi di kampung-kampung dan bandar-bandar.

Selain itu, parti PAS juga perlu menjana ekonomi sendiri menerusi perniagaan sama ada melalui koperasi atau syarikat-syarikat yang dimiliki oleh ahli-ahli PAS di mana parti PAS mempunyai sebahagian saham di dalamnya. Kalau sukar untuk menembusi pasaran di Malaysia sendiri, kita pergi ke negara-negara luar terutama negara teluk. Di sini koperasi PAS perlu memainkan peranan yang lebih aktif.

Koperasi milik PAS perlu dijenamakan semula agar ia lebih bersifat global dan boleh menyertai pelbagai bidang perniagaan dari industri pembinaan, minyak dan gas, pertanian dan sumber asas tani dan perkhidmatan. Ramai pakar-pakar dari pelbagai bidang dalam PAS boleh menyumbang idea dan kepakaran masing-masing untuk memajukannya nanti.Koperasi milik PAS ini hendaklah  berdaya saing dan membolehkan ahli-ahli dan penyokong PAS tidak malu untuk menjadi ahlinya.

Industri pemakanan adalah amat digalakkan diusahakan oleh koperasi PAS untuk membekalkan barang makanan yang dijamin halal sepenuhnya serta tanpa-ragu-ragu kerana pada masa kini, banyak industri ini bersembunyi disebalik logo halal atau menipu logo halal demi menarik orang islam membeli dan menggunakan produk mereka.

Parti PAS juga perlu bersedia dalam membentuk modal insan yang berkualiti serta bijaksana dalam pelbagai bidang yang sentiasa bersedia mengambil alih tampok pemerintahan negara jika PAS menang dalam pilihanraya pada masa akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: