FITNAH umat Islam lebih besar dari ‘FITNA’ Geert Wilders

FITNAH umat Islam lebih besar dari ‘FITNA’ Geert Wilders

 Iman saya teruja dengan filem pendek Geert Wilders, ahli Parlimen Belanda yang memfitnah Islam dan ajarannya melalui ‘FITNA’. Ramai yang memprotes, membantah, mengajak boikot produk Belanda dan tidak kurang yang berdemonstrasi. Saya bersetuju dengan semua bentuk tindak-balas tersebut. Tetapi pada pandangan saya, filem ‘FITNA’ itu jika dihasilkan oleh seorang ahli Parlimen Belanda seperti Geert Wilders yang sememangnya tidak beriman, kufur dan terus-terang menyatakan kekufurannya, maka ia bukanlah sesuatu yang menghairan dan memeranjatkan. Ketika di zaman penjajahan dahulu, mungkin sesetengah negara penjajah tidak menunjukkan maksud sebenar dari penjajahan yang ingin mengkristiankan penduduk negara itu, tetapi Belanda tidak ‘segan-silu’ menampakkan kesungguhannya untuk mengkristiankan penduduk negara yang dijajahnya seperti yang berlaku terhadap Indonesia. Jangan lupa dengan nama Snouck Hurgronje. (Sedikit biografinya seperti di bawah)[i].

Bagi saya, FITNAH yang lebih besar ialah apabila ia datang dari umat Islam sendiri yang mengaku beragama Islam, mengaku mengikut Islam, mengaku tuhannya Allah, Nabinya Muhammad, tetapi bertindak dan beramal yang menyebabkan orang bukan Islam tidak berminat dengan Islam dan lari darinya. 


Saya pernah mengajar subjek Moral (MPW 1153) untuk pelajar bukan Islam ketika menjadi pensyarah di TATI. Apabila sampai pada perbincangan tentang agama termasuk Islam, saya mengambil peluang menerangkan dengan sungguh-sungguh apa itu Islam. Mereka nampaknya boleh menerima konsep-konsepnya, tetapi antara yang disebut oleh pelajar saya itu ialah rakan pelajar mereka yang beragama Islam sendiri tidak menunjukkan sifat sebenar Islam sebagaimana yang saya beritahu mereka. Saya memberitahu kepada mereka: ‘Antara orang Islam dan ajaran Islam ada beza. Kalau nak tahu tentang Islam, tengoklah al-Quran, jangan membuat ukuran dari perangai orang Islam yang tidak mengamalkan ajaran Islam yang memberi tanggapan salah tentang Islam’ Inilah sebenarnya yang menjadi FITNAH dalam masyarakat Islam.

Ajaran Islam tentang amanah, kejujuran, keadilan, kebebasan bersuara, hak yang mesti diberi kepada semua dan lain-lain kehebatan ajaran Islam tertutup dengan sebab umat Islam sendiri, sama ada peribadinya hinggalah pemerintahnya.

Justru, jangan cepat melihat FITNA Wilders sahaja terhadap Islam, tetapi lihatlah juga FITNAH anda sebagai umat Islam terhadap ajaran Islam.
  

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: