Selepas ‘Fitna’, Sebuah Lagi Filem Anti-Islam

Selepas ‘Fitna’, Sebuah Lagi Filem Anti-Islam

a
Ehsan Jami, rakyat Belanda berketurunan Iran berjanji tidak akan menyiarkan filem buatannya, yang dikhuatirikan akan meningkatkan lagi kemarahan umat Islam kerana dalam filemnya itu Jami menampilkan Nabi Muhammad yang disebutnya mengidap kelainan seksual.

Jami mengumumkan keputusannya untuk tidak mempublikasikan secara meluas filemnya yang diberi judul “The Life of Muhammad” itu dalam sebuah rancangan di Netwrek TV. Sebelumnya, Jami mengatakan akan menayangkan filem tersebut pada 20 April akan datang dan klip filem tersebut sempat ditayangkan oleh salah sebuah stesen televisyen di Belanda. Dalam klip filem itu, ditampilkan sosok seorang laki-laki yang disebut sebagai Nabi Muhammad Saw ditemani seorang isterinya, yang dikatakan masih berusia 9 tahun.

Dalam rancangan tv itu Jami mengatakan dia sudah diajak berunding oleh Menteri Kehakiman Belanda Ernst Hirsch Ballin tentang filemnya dan mengatakan penayangan filem itu akan mengganggu keharmonian masyarakat dan kepentingan nasional Belanda.

Kepastian bahawa Jami tidak akan menayangkan filem anti-Islamnya, juga diungkapkan oleh anggota Dewan Kordinasi Muslim Belanda, Ayhan Tunja. “Saya boleh memastikan yang Ehsan Jami telah memutuskan untuk tidak menyiarkan filem kontroversinya itu, ” jelas Tunja.

“Menteri Kehakiman sudah mengatakan kepada Jami yang dia tidak akan bertanggung jawab atas apa yang akan terjadi, jika Jami menyiarkan filemnya, ” sambung Tunja.

Secara khusus ia berterima kasih pada pemerintah Belanda yang telah melakukan usaha untuk mencegah penyiaran filem anti-Islam kedua setelah filem “Fitna” yang dibuat Geert Wilders.

“Kami sudah mengatur pertemuan dengan menteri kehakiman untuk menegaskan yang filem Jami sama sekali tidak dapat diterima dan akan mencetuskan kekerasan di seluruh dunia. Kami lega, menteri sudah bertindak cepat bahkan sebelum kami bertemu, ” kata Tunja.

Lebih lanjut Tunja mengatakan, pemerintah Belanda tidak dapat melakukan hal yang sama pada Wilders kerana situasinya berbeda. “Tak seorang pun menyaksikan atau tahu apa isi film Wilders sebelumnya, itulah sebabnya pemerintah tidak bisa berbuat sesuatu. Tapi dalam kes Jami, bahagian film kartunnya sudah ditampilkan di televisyen terlebih dulu sehingga pemerintah dapat menyatakan isi filem tersebut tidak boleh diterima, ” jelas Tunja. (ln/iol)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: