Kalau Nak Boikot, Biarlah Serius!

Kalau Nak Boikot, Biarlah Serius!

Posted on Thursday, April 03

 

a

Sensitiviti umat Islam di Malaysia masih lagi ada apabila desakan dan saranan agar tindakan memboikot barangan keluaran daripada Belanda dilakukan dengan kerana penerbitan dan penayangan filem Fitna.

Saya percaya bahawa kebanyakkan daripada kita sebenarnya belum pun dapat melihat filem Fitna tersebut tetapi kerana percaya dengan apa yang telah dinyatakan dalam media massa maka kita yakin bahawa filem tersebut telah menghina Islam.

Apabila saya terbaca berita tentang filem tersebut saya telah ‘upload filem pendek tersebut dalam blog saya ini. Pembikinan filem tersebut menarik tetapi isi kandungnya memang menghina Al-Quran dan Islam.

 

Sebentar tadi juga saya ke dapur & bilik mandi untuk melihat kalau ada barangan yang saya gunakan ini adalah produk daripada Belanda. Saya hanya berjaya menjumpai syampu Sunsilk dibilik mandi yang saya kira telah digunakan sejak sekian lama (sedang berfikir, nak dibuang atau tidak syampu Sunsilk yang ada).

 

Barangan lain, seperti Breeze, Lady’s Choice – Marjerin, sabun mandian Lux dan dove, pencuci pinggan Sunlight memang bukan menjadi pilihan. Saya menerima beberapa email yang di’forward’kan oleh beberapa orang penghantar yang mahukan produk-produk Belanda ini diharamkan (ada yang ‘geram’ bila saya tanya “kenapa kita perlu boikot produk Belanda? Adakah semata-mata kerana filem ‘Fitna’ ataupun sebab-sebab lain?”)

Di antaranya :-

 

“assalamulaikum, saya saja juga nak tanya kepada en. khairul faizi..adakah anda seorang umat islam? adakah anda ada perasaan? adakah anda ada sensitiviti? kalau orang mengata ibu kita, kita boleh terasa marah, inikan pula orang menghina secara terang-terangan mengenai agama islam yang suci ni..agama kita..

 

satu lagi, adakah anda mengikuti berita semasa setiap hari? kalau anda mengikuti perkembangan dunia terkini , anda tak akan bertanya soalan yang pada pandangan saya merupakan satu soalan yang amat bodoh bagi seorang yang beragama islam (berdasarkan nama anda)..

 

tujuan boikot tu salah satu sebabnya ialah untuk menentang penyiaran filem fitna itu sendiri dan menyatakan pendirian orang islam satu dunia yang agama kita tak boleh diperlekehkan dan perlu dihormati.

 

Sudahlah orang barat asyik memandang islam ni satu ancaman pada dunia..kalau kita orang islam sendiri tak boleh berfikir secara waras dan tak dapat mempertahankan agama Islam yang suci ni, apa nak jadi agaknya dunia ni…entah la nak tergelak pun ada dengan soalan awak ni.. maaf jika saya terkasar bahasa..

 

(Kepada yang menjawab soalan saya ini, saya ucapkan terima kasih. Inilah gambaran betapa masih ada ramai lagi umat Islam yang sensitif terhadap Islam)

 

Sebelum ini pernah kita mengadakan kempen memboikot produk USA kerana bersekongkol dengan Israel dan kempen telah diwar-warkan dengan meluas termasuklah yang cukup kuat berkempen ialah Khairy Jamaluddin.

 

Tun Dr Mahathir pun telah mengeluarkan pandangan sebelum ini supaya kita memboikot produk Belanda. Beberapa NGO di Malaysia telah mengeluarkan kenyataan agar produk Belanda. Tuan Guru Presiden PAS pun telah mengeluarkan kenyataan terhadap penerbitan filem pendek Fitna ini.

 

Presiden Indonesia secara rasminya telah mengeluarkan kenyataan terhadap ketegasan kerajaan pimpinan beliau terhadap filem pendek ini.

 

Masalahnya, apa kenyataan daripada Perdana Menteri Malaysia? Saya dapat memahami kedudukan beliau yang cukup tertekan dengan masalah dalaman pada ketika ini tetapi sebagai pemimpin besar yang memperjuangkan Islam Hadhari, kenyataan sebagai PM amat perlu untuk rakyat bertindak secara efektif dalam membendung sikap segolongan manusia yang menghina agama ini.

 

Perkara kedua, strategi untuk memboikot perlulah diselaras. Biar ianya akan menjadi satu tindakan bersepadu yang sememangnya dapat dirasai oleh mereka dan keluarga mereka.

Pengalaman kita di Malaysia menganjurkan boikot produk USA sebelum ini, adakah ianya memberikan kesan kepada mereka atau sebenarnya ia hanya sekadar semangat sementara tetapi akhirnya kita juga turut menjadi penyokong kepada produk USA (jengok-jengoklah dalam rumah kita nanti)

 

Paling utama, kita perlu jelas dan fahami apakah maksud sebenarnya kita memboikot produk daripada negara Belanda. Pemboikotan tersebut juga perlu mengambil masa yang agak panjang sedikit, dua atau tiga bulan. Sekadar seminggu atau dua minggu belum cukup memadai.

Biarlah mereka rasa kesan daripada pemboikotan ini. Bukan sekadar pemboikotan yang akan berlalu begitu sahaja.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: