Bantahan filem Fitna di Indonesia

Bantahan filem Fitna di Indonesia

JAKARTA 31 Mac – Sekumpulan penduduk Islam Indonesia yang melancarkan protes di sini hari ini menuntut hukuman mati ke atas seorang Ahli Parlimen Belanda yang menerbitkan sebuah filem anti-Islam.

Berpuluh-puluh anggota polis mengawal keadaan apabila penunjuk perasaan dari Barisan Pembela Islam berhimpun di luar Kedutaan Belanda di sini.

“Bunuh Geert Wilders” dan “Geert Wilders ialah pengganas Kristian” adalah antara sepanduk yang dibawa oleh penunjuk perasaan berkenaan.

Mereka melontar beberapa botol plastik dan telur busuk ke perkarangan kedutaan sebelum bersurai.

Seorang jurucakap kumpulan itu berkata, beliau belum menonton filem berkenaan namun menggesa kerajaan Indonesia memutuskan hubungan diplomatik dengan Belanda kerana membenarkan penyiaran filem itu.

“Filem itu satu penghinaan besar bagi seluruh umat Islam.

“Kerajaan Belanda mesti menangkap Wilders dan dia mesti dibunuh kerana melancarkan perang ke atas umat Islam,” kata Soleh Mahmud.

Kerajaan Indonesia mengutuk filem Wilders itu sejurus selepas penyiarannya minggu lepas.

Filem 17 minit itu memaparkan rakaman serangan pengganas baru-baru ini diselangi dengan petikan ayat suci al-Quran serta ucapan daripada puak pelampau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: