OIC desak Belanda tak siar filem menghina ISLAM

OIC desak Belanda tak siar filem menghina ISLAM

 https://i1.wp.com/www.sesrtcic.org/imgs/news/oic_logo.gif

RIYADH: Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mengulangi gesaan kepada kerajaan Belanda untuk tidak menyiarkan filem menghina al-Quran yang disifatkan sebahagian kempen jahat memburukkan Islam.


“Kita tidak boleh membiarkan hak kebebasan bersuara dijadikan alasan atau topeng melindungi penghinaan terhadap Islam,” tegas Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri dialog tiga hari di antara Jepun dan dunia Islam yang tamat kelmarin.
“Saya ingin tekankan di sini yang sememangnya wujud perkembangan positif di antara OIC dan kerajaan Belanda.

“Sehubungan itu kita sememangnya mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap tindakan kerajaan Belanda berhubung penayangan filem itu,” katanya.

Sementara itu, Ihsanoglu yang turut disokong ramai peserta persidangan, menyifatkan Denmark dan Belanda perlu menghentikan tindakan menggertak umat Islam dengan menggunakan Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah.

“Apa yang penting sekarang adalah menangani kempen penghinaan serta tindakan menyalahgunakan hak kebebasan media untuk bersuara.”

Setiausaha Agung Perhimpunan Majlis Belia Muslim, Dr Saleh Al-Wohaibi, pula menyelar pendirian kerajaan Denmark yang tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Kerajaannya masih kukuh kepada pendirian untuk tidak berani mengecam tindak-tanduk rakyatnya sendiri yang menyiarkan semula lakaran karikatur menghina Nabi Muhammad SAW.”

Wartawan India, M J Akbar pula berkata keamanan tidak mungkin wujud tanpa sebarang persefahaman dan dialog yang serius.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: