TOPIC 6 : AWAS DAKYAH GOLONGAN KAFIR

TOPIC 6 : AWAS DAKYAH GOLONGAN KAFIR

ORANG mukmin sewajarnya memastikan setiap sesuatu yang hendak dilakukan bersesuaian dengan apa yang dikehendaki oleh Allah SWT. Jika mereka melaksanakan perkara yang bersesuaian dengan arahan Allah Taala, seolah-olah mereka sudah bertanya kepada Allah SWT sebelum perkara itu dilakukan.

Oleh sebab keredaan Allah Taala adalah matlamat hidup manusia di dunia ini, tidak ada pilihan bagi orang yang beriman melainkan mereka bertanya kepada Allah SWT dahulu sebelum menuruti pendapat manusia lain atau pendapat diri sendiri yang tidak berlandaskan wahyu.

Walaupun ibu-bapa dan kaum kerabat bersetuju, malah jiran tertangga dan ahli masyarakat member sokongan dan dorongan sepenuhnya, namau andai kata sesuatu itu bercanggah dengan kehendak Allah SWT (al-Quran), maka tindakan itu mesti dibatalkan serta-merta kerana akan menyulitkan diri sendiri ketika sesi soal jawab dengan Allah Taala di Akhirat kelak.

Dalam hal sebegini, pendapat orang ramai bukan menjadi ukuran, keputusan majority bukan sesuatu yang muktamad, kecuali apabila pendapat itu selaras dengan apa yang dikehendaki oleh Allah Taala, maka kehendak Allah Taala adalah penentu segalanya, Justeru pendapat majority tidak semestinya benar, malah Allah SWT mengingatkan orang yang beriman tentang bahawa menyandarkan diri dengan kemahuan orang ramai. Firman Allah SWT :

“Dan sekiranya kamu menuruti majoriti orang ramai di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah.”

( Al-An’am : 16 )

Pendapat majoriti tidak sepatutnya mempengaruhi orang yang beriman lebih-lebih lagi jika pendapat itu bercanggah dengan kehendak Allah SWT. Ia tidak dapat membantu manusia menghadapi soalan-soalan daripada Allah SWT pada Hari Akhirat kelak. Apatah lagi jika mereka terpengaruh dengan dorongan orang-orang kafir atau munafiq dalam sesuatu urusan, termakan pujukan atau janji manis mereka.

Dalam al-Quran, Allah SWT mendedahkan muslihat dan pujuk rayu golongan kuffur dalam kempen mereka untuk mengajak yang beriman supaya menjadi pengikut mereka. Firman Nya :

“Dan berkatalah orang-orang kafir kepada orang-orang beriman: “Ikutlah jalan kami dan nanti kami akan memikul dosa-dosa kamu,” dan mereka (sendiri) sedikitpun tidak (sanggup) untuk memikul dosa-dosa mereka. Sesungguhnya mereka adalah benar-benar pendusta. Dan sesungguhnya mereka akan memikul beban (dosa) mereka, dan beban-beban (dosa yang lain) di samping beban-beban mereka sendiri, dan sesungguhnya mereka akan ditanya pada Hari Kiamat tentang apa yang selalu diada-adakan oleh mereka.

( An-Ankabut : 12-13 )

Jika orang beriman mempunyai tanggungjawab menyeru manusia supaya beriman dengan Allah SWT, sebaliknya orang kafir juga menjalankan misi dakyahnya supaya orang mukmin menjadi pengikut mereka. Mereka mempengaruhi orang mukmin agar mengamalkan cara hidup dan budaya mereka, malah berfikir dan berpendirian seperti mereka. Mereka menawarkan janji yang lumayan, malah bersedia untuk menanggung dosa orang mukmin.

Orang mukmin yang terpengaruh dengan kempen golongan kuffur, maka mereka tidak lagi memikirkan dosa, seolah-olah ia akan ditanggung oleh orang yang mereka ikuti. Cara golongan kuffur mempengaruhi orang beriman supaya menjadi pengikut mereka terlalu canggih. Mereka mengunakan segala teknologi tinggi, bukan sahaja mereka menguasai ekonomi dunia, tetapi komunikasi satelit untuk menyalurkan dan menyajikan pelbagai program ke setiap rumah di bumi ini.

Program hiburan, sukan serta rancangan-rancangan yang bercanggah dengan akhlak dan akidah Islam yang di salurkan melalui setelit, dipancarkan ke setiap rumah melalui televisyen yang mempengaruhi fikiran manusia. Dakyah ini hampir tidak terdaya ditangkis, terutamanya oleh generasi muda mukmin. Mereka menjadi pendokong kepada program kuffur sehingga tidak seorang pun yang memikirkan dosa atau akibat yang bakal ditanggung di Akhirat kelak, seolah-oleh dosa itu ditanggung oleh golongan kuffur, sebagaimana yang ditegaskan oleh firman Allah SWT dalam ayat 12 surah Al-Ankabut itu.

Sedang Allah SWT telah memberitahu bahawa orang kafir yang merancang kejahatan di muka bumi ini tidak mungkin akan menanggung dosa orang lain walau sedikitpun. Sesungguhnya mereka itu adalah pendusta. Mereka hanya akan memikul dosa-dosa mereka sendiri dan beban dosa yang lain akibat daripada kejahatan mereka. Mereka pasti akan ditanya oleh Allah Taala pada Hari Kiamat kelak tentang apa yang telah dilakukan di dunia ini, iaitu segala kejahatan dan kegiatan yang meruntuhkan keimanan manusia.

Justeru orang yang beriman mesti meningkatkan kewaspadaan mereka terhadap pengaruh dan dakyah golongan kuffur dan munafiq yang menjadi ejen iblis di dunia ini agar terhindar daripada digolongkan bersama-sama mereka ketika Allah SWT menyoalnya pada Hari Kiamat kelak.

One Response

  1. I’m the only one in this world. Can please someone join me in this life? Or maybe death…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: