Tangan Orang Tak Solat

Tangan Orang Tak Solat

Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh
, Semua orang tahu bahawa
kalau meninggalkan solat adalah dosa
besar dan malahan lebih hina daripada
khinzir. Betapa hinanya kita kalau
meninggalkan solat seperti yang
dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa,
ada seorang lelaki yang sudah
berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu
terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau
aku dapat anak, aku akan minum air
kencing anjing hitam.”

Nak dijadikan cerita, Allah pun
kurniakan
isteri si lelaki tadi pun hamil dan
melahirkan anak. Apabila dah dapat
anak,
lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar
nak kena minum air kencing anjing
hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza
dengan syariat yang turun untuk umat
Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi
Muhammad,
nazar benda yang haram, maka tak payah
buat tapi kena denda (dam) atau
sedekah.
Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa
bernazar, walaupun haram tetap kena
laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki
yang baru mendapat anak, dengan susah
hatinya pergilah bertemu dengan Nabi
Allah Musa dan menceritakan segala yang
terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi
Musa
menjawab bahawa lelaki tu tak perlu
minum air kencing anjing hitam tetapi
akan minum air yang lebih hina dari air
kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut
untuk pergi menadah air yang jatuh dari
bumbung rumah orang yang meninggalkan
solat dan minum air tu. Lelaki itu pun
senang hati, menjalankan apa yang
diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang
meninggalkan solat, sampai dikatakan
air
yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih
hina dari air kencing anjing hitam. Itu
baru air bumbung rumah, belum air
tangan
lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita
suka makan masakan ibu; isteri kita.
Jadi, kepada muslimat sekalian,
peliharalah solat kerana kalau
meninggalkan solat (kalau tak uzur),
air
tangan akan menitik ke dalam basuhan
makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami
pula yang akan makan makanan yang
dimasak. Takkan nak biarkan suami dan
anak-anak gelap hati minum air tangan
orang tinggalkan solat. Tak gamak ‘
kan ?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni.
Pagi petang, mamak! Teh tarik satu,
roti
canai satu. Ada pulak segelintir tukang
masak yang tak solat. Kita pun makan
bekas air tangan dia. Gelaplah hati
kita, sebab tu liat nak buat kerja-
kerja
yang baik.

Beware apa yang kita makan. Betapa
beratnya amalan solat ni hatta Allah
syariatkan solat kepada Nabi Muhammad
melalui Isra’ Mikraj sedangkan
kewajipan-kewajipan lain memadai diutus
melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat
baginda berpesan kepada Saidina Ali
(dan
untuk umat Islam), “As-solah as Solah
wa
amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat,
solat jangan sekali kamu abaikan dan
peliharalah orang-orang yang lemah di
bawah tanggunganmu”. Jadi, sama-samalah
kita pelihara solat dari segi zahir &
batinnya kerana amalan solatlah amalan
yang mula-mula akan ditimbang di neraca
Mizan kelak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: