Seksaan kerana abai SOLAT

Seksaan kerana abai SOLAT

 

“Orang-orang kafir itu disempitkan kuburnya sampai remuk tulang-belulangnya. Demikian itulah kehidupan yang sempit, penuh dengan kecelakaan dan kesengsaraan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Hibban).Begitulah seksaan kubur bagi golongan kafir dan ingkar terhadap Allah SWT.

 

            Banyak lagi seksaan yang diterima si mati di alam barzakh, termasuk dibakar dengan api yang marak menyala serta disengat ular seta binatang buas.

Firman Allah Taala :  

            “Maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkan mereka pada Hari Kiamat dalam keadaan buta.”

                                                                                                ( Surah Taha : 124 )

 

            Sebuah kitab ada menceritakan azab seksaan kubur mengenai seorang soleh yang mengebumikan mayat abangnya.

            Ketika menimbuskan mayat itu, entah bagaimana dompetnya terjatuh dan tertimbus. Selepas pulang ke rumah, baru dia sedar mengenai kehilangan dompetnya. Lalu dia kembali ke kubur dan mengalinya semula.

            Selepas digali, dia terperanjat melihat api menyala di dalam kubur abangnya, lantas ditimbus semula kubur itu dan pulang ke rumah. Dia menceritakan kejadian itu kepada ibunya, kemudian bertanya:

            “Wahai ibu, apakah yang dibuat oleh abangku hingga kuburnya ada api?”

Kata ibunya: “Mengapa kamu bertanya begitu?” Sebaik selesai dia menceritakan kejadian yang berlaku dikubur abangnya, ibunya menangis sambil berkata: “Abangmu selalu meringan-ringankan solat dan melambat-lambatkan waktunya.”

 

            Kalau orang yang melambatkan solat akan mengalami hal seperti itu, bayangkan bagaimana orang yang tidak bersolat sama sekali!

            Seksa kubur bukan saja berlaku kerana dosa besar, malah dosa kecil sekalipun turut dihukum. Semoga Allah SWT menjauhkan kita daripada seksaan kubur dan menempatkan roh kita bersama golongan orang yang soleh apabila ajal menjemput kita nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: