TOPIC 3 : DUNIA YANG MENJADI BEBAN DI AKHIRAT

TOPIC 3 : DUNIA YANG MENJADI BEBAN DI AKHIRAT

AL-BUKHARI meriwayatkan hadis daripada Anas Bin Malik RA, katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Pada Hari Akhirat, ketika orang kafir dihadapkan kepada Allah SWT, mereka ditanya : “Apakah pendapat kamu jika kamu memiliki emas separuh bumi? Mahukah kamu sekiranya emas tersebut dijadikan penebus segala dosa kamu? Jawab orang kafir itu : Ya, asalkan kami tidak dimasukkan ke dalam neraka”. Lalu Allah SWT menempelak orang kafir itu lalu berfirman : “ Mengapa kamu tidak membelanjakan emas itu semasa di dunia dahulu untuk tujuan menjauhkan kamu dari api neraka?” ( Hadis ini turut diriwayatkan oleh Muslim dan At-Tirmizi ).

Intisari yang terkandung dalam hadis di atas menerangkan sikap orang yang tidak beriman pada Hari Akhirat. Pandangan mereka tidak jauh, sekadar berligar dalam lingkungan kehidupan duniawi yang sempit.

Emas yang disebut dalam hadis tersebut melambangkan kekayaan harta benda yang menjadi buruan, malah menjadi matlamat hidup, sebahagian manusia. Ramai beranggapan emas atau kekayaan yang dihimpun itu seolah-olah suatu jaminan terhadap masa depan mereka. Sikap manusia yang gemar menimbunkan harta kekayaan ini telah dijelaskan oleh Allah Taala melalui firman-Nya :

“Bermegah-megah (dengan membanyakkan harta) telah melalaikan kamu, hingga kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu), dan janganlah begitu kelak kamu akan mengetahui. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin, nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim, dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihat dengan pandangan yang yakin, kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari (kiamat) itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia dahulu.)”

( At-Takatsur : 1-8 )

Sebanyak manapun emas dan harta kekayaan yang dihimpun oleh manusia yang tidak beriman tidak akan memberi maafaat walau sedikitpun untuk dirinya pada hari tersebut. Justeru apabila mereka dihadapkan ke mahkamah Allah SWT di Mahsyar, kesemua emas dan harta kekayaan, walau sebesar bumi sekalipun, tidak akan dapat menebus dosa-dosa mereka.

Sesungguhnya keimanan terhadap Hari Akhirat merupakan suatu keperluan manusia. Ia menjadi asas kepada amalan yang dilakukan kerana amalan yang berasaskan keimanan sahaja yang akan memberi faedah buat diri mereka di Akhirat.

Orang yang beriman kepada Allah SWT dan Hari Akhirat, sekiranya mereka berusaha mencari harta, tidaklah harta itu untuk dihimpun semata-mata. Ini kerana emas dan harta kekayaan hanyalah bahan mentah yang mesti diproses supaya menjadi berguna. Jika bahan mentah itu dibiarkan atau sekadar dihimpun, sudah tentu ia akan menjadi harta yang terlonggak tanpa sebarang tujuan.

Justeru mereka mesti menafkahkan segala harta yang dikurniakan itu untuk tujuan mencari keredhaan-Nya sesuai dengan keimanan mereka kepada Allah SWT dan juga Hari Akhirat. Dengan keimanan itu, pasti mereka berusaha menjadikan dunia yang bermaafaat untuk Akhirat, bukannya dunia yang akan menjadi beban.

Orang yang tidak beriman pada Hari Akhirat (kafir), meskipun mereka sudah dibangkitkan dalam peristiwa Mahsyar, namun mereka akan terus berasa bahawa emas dan harta benda yang dimiliknya dahulu masih bernilai. Justeru apabila mereka ditanya oleh Allah SWT, “adakah mereka sedia menyerahkan emas yang banyak sebagai penebus dosa mereka (sekiranya mereka memilikinya), dengan spontan orang kafir itu memberikan persetujuan.

Mereka lupa bahawa emas dan harta kekayaan yang pernah dimiliki itu bukan saja sudah hapus, malah tidak mempunyai sebarang nilai pada Hari Akhirat. Kesan daripada sifat tamakkan harta dunia masih lagi melekat dalam otak mereka hingga ke Hari Kiamat. Mereka lupa bahawa persetujuan untuk menyerahkan emas kepada Tuhan sebagai penebus dosa hanyalah omong kosong.

Justeru Allah SWT menempelak orang kafir itu itu bahawa mereka sudah terlambat. Kesedaran untuk menggunakan harta kekayaan, emas dan wang ringgit bagi mencari keredhaan Allah SWT sepatutnya dilakukan semasa mereka hidup di dunia dahulu.

Emas dan harta kekayaan yang pernah dimiliki oleh mereka hanyalah bahan nyalaan api bakal mengazab diri di Neraka kelak.

One Response

  1. Hello. It is test.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: