Hukum MEROKOK

fatwa dari malaysia :

mufti selangor kate haram..
mufti perlis kate haram..

mufti perak kate tak haram..

FATWA: ISLAM HARAMKAN ROKOK

Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:-* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.

* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz

* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad ‘Umar Hashim’ (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.

Hukum menghisap rokok adalah MAKRUH mengikut Mazhab kita Syafieah,

Tersebut dalam kitab “Yasalunaka Fiddin Wal Hayah”

Maksudnya :
Apabila adalah ulama’ fikah bersalah-salahan pendapat mengenai hukum menghlsap rokok, maka kata setengah ulama’ hukumnya harus, kerana mengikut kaedah: asal pada segala perkara hukumnya harus, kata setengah ulama’ hukumnya makruh kerana cemarnya dan kata setengah ulama’ pula hukumnya haram kerana bahayanya, maka sekurang-kurang alasan mereka iaitu menghisap rokok adalah merupakan pembaziran harta pada perkara yang tidak ada faedah.

Dan bahawasanya menghisap rokok, selain daripada alas an alasan yang tersebut tadi, menyebabkan busuk bau mulut dan dari kerana itulah datang dalam mazhab Syafie bahawa menghisap rokok hukumnya Makruh, kerana pada rokok terbit bau busuk yang boleh dibenci oleh orang lain yang duduk berdekatan apa lagi para Malaikat, sedangkan di masjid orangramai bercampur gaul dan duduk berhimpit-himpit lazimnya.

Sabda Baginda s.a.w.:
“Sesiapa yang menyakiti muslim maka sesungguhnya ia menyakiti akan daku dan sesiapa menyakiti akan daku maka sesungguhnya ia menyakiti Allah”. (Hadis riwayat at-Thabrani)

“HUKUM MENGHISAP ROKOK YANG BOLEH MENDATANGKAN MUDHARAT “

Hukumnya adalah HARAM : hukum ini diputuskan berdasarkan beberapa nas-nas yang dinyatakan di bawah iaitu :
Firman Allah Taala :

Ertinya :
Dan setiap keburukan yang menimpa kamu itu ialah dibuat oleh tangan kamu sendiri.

Firman Allah Taala :

Maksudnya :

Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.

Prof Dr. Ahmad Shaalibi daalam bukunya bertajuk :

“Kehidupan Sosial Dalaam pemikiran Islam” ada menyebutkan” mengenai peringkat HARAM bagi seseorang itu merokok. Beliau dalam pandangannya memetik pendapat Sheikh Mahmud sebagai berkata Ulama-ulama ada mengharamkannya dan ada yang memakruhkannya disebabkan la boleh mengganggu kesihatan penghisapannya makan dan mendedahkan anggota jasmani kepada kerosakan.

Prof Dr. Ahmad Shalibi menyebutkan juga pandangan bekas Mufti Mesir yang menyatakan “Menurut pendangan hukum : andainya terdapat bahaya, samada banyak atau sedikit dari penghisapan apa sahaja. umpamanya boleh merosakkan perasaan dan menghilangkan wang dengan sia-sia, maka hukumnya berpindah daripada halal kepada makruh atau haram menurut qadar bahaya dan tempohnya “

wallahu a’lam….sama2 kite bertukar2 pandangan..FiiSabilillah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: