Akhbar Denmark ulang siar kartun hina Nabi Muhammad

Akhbar Denmark ulang siar kartun hina Nabi Muhammad


KURANG AJAR, dan tidak serik-serik, itulah gambaran sebenar beberapa akhbar Denmark, kemarin, yang menyiar semula karikatur Nabi Muhammad s.a.w yang mencetus rusuhan berdarah di dunia Islam dua tahun dulu.

Tiga akhbar terbesar negara itu serta 17 akhbar lain melakukannya sebagai tanda mempertahan kebebasan bersuara sehari selepas polis mendakwa telah menggagalkan percubaan hendak membunuh kartunis Kurt Westergaard, yang melukis karikatur Nabi Muhammad saw memakai sarban yang bentuknya mirip sebutir bom.

Tindakan itu mencetus kemarahan Iran, yang memanggil duta besar Denmark ke negara itu untuk menyuarakan bantahan rasmi, lapor agensi berita Irna.

Selasa lalu polis Denmark memberkas tiga lelaki, seorang rakyat Denmark keturunan Maghribi dan dua rakyat Tunisia, kerana disyaki hendak membunuh kartunis tersebut.

Lelaki Denmark itu dibebaskan selepas disoal, tetapi dua rakyat Tunisia itu akan dihantar pulang selepas diisytihar sebagai satu ancaman oleh pegawai perisikan Denmark.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: