TOPIC 2 : ALLAH SWT MELUPAKAN MANUSIA YANG MELUPAKAN-NYA

TOPIC 2 : ALLAH SWT MELUPAKAN MANUSIA YANG MELUPAKAN-NYA

AT-TIRMIZI meriwayatkan sebuah hadis daripada Abi’ Sa’id dan Abi Hurairah RA, katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda :

“Seorang manusia dibawa ke hadapan Allah SWT pada Hari Akhirat, lalu Tuhan bertanya kepadanya : “Tidakkah kamu sedar bahawa Aku jadikan pendengaranmu, penglihatanmu, harta benda, anak-anak, haiwan dan binatang ternak untuk kamu maafaatkan sebagai suatu kemudahan, segala pokok dan tumbuhan, dijadikan pemimpin daripada kalangan kamu serta mengambil hasil mahsul(cukai dan seumpamaannya) daripada orang ramai. Ketika (kamu menerima segala kurnia) itu adakah kamu terfikir tentang hari pertemuan dengan-Ku?”

Jawab manusia :”Sesungguhnya aku tidak pernah memikirkan hari untuk bertemu dengan Engkau wahai Tuhan.” Tuhan menempelak : “Pada hari ini, Aku melupakan engkau sebagaimana engkau telah melupakan Aku.”

Hadis ini menerangkan semua anugerah Tuhan yang dikurniakan kepada manusia seperti pendengaran yang membolehkan manusia mendengar bagi memudahkan komunikasi sesama manusia; penglihatan manusia yang membolehkan manusia menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan termasuk diri mereka sendiri; anak-anak yang memeriahkan kehidupan berkeluarga; haiwan ternakan yang boleh diambil maafaatnya, sama ada untuk dimakan dagingnya atau digunakan sebagai kenderaan; dan tumbuh-tumbuhan yang menghijaukan alam serta menghasilkan buah-buahan sebagai bahan makanan yang diperlukan.

Selain itu, Allah SWT menjadikan “pemimpin” daripada kalangan manusia dengan kepimpinan dan kekuasaan yang dianugerahkan membolehkan mereka mengatur kehidupan dan mentadbir Negara dengan sebaiknya. Ia juga bagi membolehkan pemimpin itu mengambil sebahagiaan daripada harta mereka sebagai cukai dan sebagainya.

Kepimpinan yang paling utama yang telah didatangkan oleh Allah SWT kepada manusia ialah para Nabi dan Rasul. Mereka diberikan tanggungjawab untuk menyampaikan ajaran yang berdasarkan wahyu Ilahi. Dengan ajaran itu, manusia akan selamat di dunia dan berbahagia di Akhirat.

Akan tetapi adakah manusia menyedari bahawa adanya tuntutan di sebalik semua anugerah Allah SWT itu? Adakah mereka berfikir bahawa setelah manusia dihidupkan di dunia dan diberi segala kemudahan, maka mereka akan dibiarkan leka tanpa sebarang tujuan?

Ini persoalan yang dibangkitkan oleh Allah SWT ketika manusia dibangkitkan semula pada Hari Akhirat selepas peristiwa KIAMAT sedangkan Allah SWT telah mengurniakan pendengaran yang bertanggungjawab mendengar segala nasihat yang disampaikan oleh para nabi dan rasul ataupun para ulamak yang berperanan menyampaikan dan meneruskan perjuangan para rasul itu.

Begitu juga penglihatan yang dianugarahkan oleh Tuhan, sudahkah mereka menggunakannya untuk meneliti ayat-ayat Allah, sama ada ayat yang “makruah” ( yang dibaca, iaitu wahyu Allah ) atau ayat-ayat yang “manzurah” ( yang dilihat, iaitu sekalian alam dan cakerawala ) kerana ayat-ayat tersebut menjadi dalil atau hujah tentang kewujudan Allah SWT yang Maha Berkuasa yang menciptakan alam semesta.

Adakah mereka berfikir bahawa pendengaran dan penglihatan serta anugarah Allah SWT itu sekadar untuk berseronok dan berpoya-poya di dunia ini sehingga mereka lupa tentang pertemuannya dengan Allah SWT di Akhirat kelak? Ternyata ramai manusia yang melupakan pertemuaannya dengan Allah SWT sehingga mengabaikan segala kewajiban yang diperintahkan ke atas mereka

Firman Allah SWT :

“(Iaitu) orang=orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-mainan dan senda gurau dan kehidupan dunia telah menipu mereka. Maka pada Hari ( Kiamat) ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka mengingkari ayat-ayat Kamu.”

( Al-A’raf : 51 )

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: