pesakit cerebral palsy.. mereka perlukan perhatian

pesakit cerebral palsy.. mereka perlukan perhatian


Shahira Nadia Bt zulkiflie 4 tahun telah dilahirkan di Hospital Kota Bharu dalam usia kandungan 7 bulan. Shahira dilahirkan secara ‘spontaneus vaginal delivery’. Pada hari ketiga, pesakit ini telah diserang demam panas dan Shahira telah ditahan di dalam wad HKB selama sebulan. Ujian ‘lumbar puncture’ tidak dapat dilakukan kerana ibunya tidak bersetuju terhadap prosedur itu. Shahira tetap dirawat secara ‘IV antibiotic’ dan beberapa CT scan telah dijalankan. Shahira telah dikeluarkan daripada wad dengan keadaan yang stabil. Namun demikian ibunya mula sedar perubahan yang berlaku terhadap anaknya. Tidak seperti kanak-kanak lain, Shahira tidak mampu berdiri apabila ibunya mengangkatnya. Pada usia 9 bulan, Shahira juga gagal untuk merangkak mahupun berdiri apabila dipegang. Ibunya cuba mendapatkan rawatan hospital pakar, dan diagnosis cerebral palsy telah disahkan. Sehingga umurnya 4 tahun, Shahira masih tidak mampu untuk bercakap, berdiri mahupun duduk seperti kanak-kanak normal. Namun begitu anak kecil ini masih mampu untuk memahami arahan dan senyum apabila beliau gembira. Adik Shahira hanya meminum susu sahaja setakat ini. Menurut ibunya, Shahira belum berkebolehan untuk mengunyah makanan yang agak pejal.

Shahira merupakan anak terakhir daripada 5 orang adik beranik hasip perkongsian hidup ayahnya Zulkifli 43 bersama ibunya Che Yam 43. Mereka hidup dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Bapanya bekerja sambilan dengan pendapatan bulanan RM500 setiap bulan, gigih membesarkan anak-anaknya yang hampir kesemuanya masih bersekolah. Shahira telah didaftarkan di dawah Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) pada 29 Feb 2008 dan juga telah mendapat kad Orang Kurang Upaya (OKU). Kos saraan anak kecil ini hampir mencecah RM200 sebulan untuk membeli lampin pakai buang, susu tepung serta rawatan kesihatan kerana adik Shahira sering kali diserang pelbagai penyakit. Keadaan rumah beliau juga agak usang ditambah pula struktur rumahnya yang hampir reput. Disinilah adik Shahira membesar…


Gambar lain…





kemiskinan keluarga ini..


ini merupakan keadaan rumah pesakit kumpulan kami. keadaannya sangan menyedihkan. menunggu masa untuk roboh ditiup angin kencang. namun apakah daya keluarga ini, mereka menguatkan semangat untuk meneruskan hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. mari kita meninjau lagi keadaan keseluruhan rumah pesakit ini..







anda yang melihat pasti tidak sanggup mengira bilangan lubang yang ada di atap rumah ini.. tuan-tuan dan puan-puan boleh bayangkan bagaimana jika hujan.. dimana lagi mereka nak berteduh? agak-agak basah tak DALAM rumah ini??

adik shahira sangat memerlukan bekalan lampin dan susu. Target kami ialah mencari dana untuk membeli lampin pakai buang dan susu tepung untuk bekalan selama setahun..

saya merayu kepada pembaca supaya dapat menghulurkan bantuan kepada keluarga ini…

kami juga bekerjasama dengan YOKUK untuk membuat program rehabilitition day bersama 15 lagi keluarga malang yang mempunyai anak istimewa seperti adik shahira ini..
di akhir program yang kami buat, ada satu sesi untuk menghulurkan sumbangan yang diperolehi kepada seluruh keluarga ini. RM150 per keluarga.. dalam kata lain kos yang kami perlukan termasuk bantuan kepada adik shahira dan belanja program adalah sebanyak RM4500..

pihak Yayasan juga bersetuju untuk mengeluarkan satu resit rasmi pada setiap derma yang diperolehi. resit ini boleh digunakan untuk deduct income tax..

jadi, kami sangat2 berharap anda sudi menderma untuk program kami ini sekaligus meringankan lagi penderitaan yang ditanggung oleh golongan ini..

_____________________________________________________

Sila layari blog sahabat saya tu…

post : 22 Mac 2008 

target dana: RM4800
dana terkumpul setakat ini cuma RM250..

layari,
http://cpusmkk.blogspot.com

sesiapa yg sudi menyumbang walaupun
seringgit, di alu-alukan..

“hari ni kita tolong orang…next org
akan tolong kita…”

boleh juga kawan2 tlg promotekan blog
saya ditempat lain or dalam akaun
friendster masing2… terima kasih

SELAMAT MENDERMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: