Lancar jihad di Palestin

Lancar jihad di Palestin


Pemimpin al-Qaeda Osama bin Laden. – Foto Reuters

Osama kemuka usul perang, tuduh Arab bantu tindas Gaza

KAHERAH: Pemimpin al-Qaeda Osama bin Laden mengeluarkan rakaman keduanya dalam tempoh dua hari berturut-turut dengan menyelar rundingan Palestin dengan Israel dan menggesa satu perang jihad dilancarkan bagi pembebasan Palestin.

Kelmarin, Osama mengecam Eropah dan pemimpin Vatican melancarkan Perang Salib dengan mencetuskan semula isu kontroversi berhubung karikatur menghina Nabi Muhammad SAW dan memberi amaran al-Qaeda akan ‘melaksanakan tindakan sewajarnya.’

Namun, dalam mesej audio disiarkan stesen televisyen Aljazeera, Osama buat pertama kali membicarakan soal Palestin dengan panjang lebar selepas keganasan terbaru Israel di Gaza yang ditadbir Hamas.
Tanpa berselindung, Osama turut mempelawa rakyat Palestin yang tidak dapat memperjuangkan hak membebaskan al-Aqsa dan Baitulmaqdis, sebaliknya menyertai al-Qaeda melancarkan perang jihad.

“Medan perang jihad terdekat hari ini adalah di bumi Palestin dan Iraq demi kepentingan rakyat mereka,” katanya.

“Kami mahu maklumkan saudara di Palestin yang tidak dapat menyertai jihad, supaya mengetepikan semua bayangan parti politik dan kumpulan pejuang tertentu yang sekadar mempamerkan sandiwara demokrasi dengan beraksi bersama mujahidin di Iraq.

“Perjuangan di Iraq mahu pun Palestin seharusnya disokong semua Muslim, khususnya daripada kalangan negara jiran mereka.”

Stesen Aljazeera, bagaimanapun tidak menyatakan bagaimana ia memperoleh rakaman itu yang disiarkan bersama gambar lama Osama mengenakan jubah dan lilitan kepala putih.

Osama turut menyifatkan penyeksaan penduduk Palestin di Gaza bermula selepas pemimpin Arab bersekongkol dan menyokong persidangan damai Asia Barat tajaan Amerika Syarikat � satu entiti Zionis, di Annapolis Maryland, November lalu.

“Tindakan dan sokongan sedemikian hanya menjadikan mereka rakan kongsi jenayah kejam ke atas penduduk Palestin,” kata Osama merujuk pemimpin Arab terbabit.

Osama dilihat cuba memperluaskan lagi isu Palestin dalam usaha mewajarkan tindak tanduk al-Qaeda. Baru-baru ini, timbul kebimbangan yang ia cuba meningkatkan pengaruhnya di bumi Palestin dan di kalangan penyokong rangkaian militan yang menyokong usaha sedemikian.

Sementara itu, Ben Venzke, Ketua IntelCenter � kumpulan memantau mesej militan � berkata, bukan mudah untuk mengesahkan paparan audio Osama di Aljazeera kerana ia cuma sedutan dan tidak dinyatakan tempoh rakaman berkenaan.

“Biarpun al-Qaeda mengeluarkan banyak rakaman dalam masa beberapa hari, termasuk kenyataan orang nombor dua al-Qaeda, Ayman al-Zawahri pada Disember lalu, rakaman terbaru itu adalah yang paling terkini dibuat oleh Osama.

“Al-Qaeda sudah melaksanakan usaha bagi memastikannya peka dan reaksi kepada perkembangan terbaru yang ada kaitan dengan mereka. Isu di Gaza dan penyiaran semula lakaran karikatur Nabi Muhammad adalah sesuatu yang dianggap Osama amat penting untuk diulas.”

Venzke juga menjangkakan satu kenyataan terperinci oleh al-Qaeda akan muncul dalam masa 72 jam.

Perunding Palestin, Saeb Erekat pula berkata: “Kami dan masyarakat antarabangsa perlu membuktikan yang Osama salah kerana rundingan ini sudah menjadi saluran damai dan saya yakin semua pihak perlu memastikan 2008 sebagai tahun damai.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: