~Falak Online : Bintang Mira Miliki Ekor Seumpama Komet !~

~Falak Online : Bintang Mira Miliki Ekor Seumpama Komet !~

Kita selalu perhatikan gambar-gambar bagaimana cantik ekor sebuah komet, apabila ia melintasi berhampiran dengan matahari. Ekor komet ini terhasil apabila gas-gas pada permukaannya terpeluwap, akibat suhu yang meningkat apabila ia semakin hampir dengan matahari dan seterusnya membentuk suatu lapisan gas seolah-olah selapis atmosfera, yang dipanggil koma. Kemudian, hasil daripada angin suria yang datang daripada matahari, gas-gas ini akan ditiup ke belakang dari kepala komet tersebut membentuk ekor.Nuklues atau kepala komet ini merupakan ketulan batu, debu dan ais sebesar 50 km sahaja, namun saiz komanya boleh mencapai saiz sebesar matahari, dan panjang ekor sesebuah komet boleh mencapai sepanjang 1 A.U. (iaitu jarak matahari-bumi) !Itu baru komet!
Tetapi bayangkan rupa bentuk yang sama seperti komet, tetapi mempunyai saiz yang jauh lebih besar, dan saiz ‘ekor’nya boleh mencapai hampir 13 Tahun Cahaya panjangnya, atau 20,000 kali ganda jarak purata Matahari-Pluto!!Dan ia bukannya sebuah komet, tetapi ia datang daripada sebuah bintang! Bintang itu ialah Mira!! (lihat foto yang diambil oleh satelit GALEX)Penemuan mengejutkan ini telah diumumkan oleh penyelidik astronomi yang menggunakan sebuah teleskop NASA bernama, Galaxy Evolution Explorer atau GALEX. Teleskop GALEX meninjau langit pada julat cahaya Ultraviolet, dan apabila ia tinjau arah bintang Mira, ia telah merakam sebuah kejadian yang belum pernah dilihat mengelilingi sebuah bintang!

Mira ialah sebuah bintang gergasi merah dan juga bintang variable (iaitu berubah-ubah kecerahannya dalam tempoh tertentu) dan terletak pada jarak 418 Tahun Cahaya dari Bumi. Ia dikelilingi oleh sebuah bintang kecil (white dwarf) yang dipanggil Mira B, yang beredar keliling Mira A setiap lebih kurang 400 tahun.
Bintang ini cukup popular dan sering dicerap oleh peminat astronomi, amatur mahupun professional. Penemuan baru ke atas sebuah objek sepopular Mira cukup mengejutkan, dan membuktikan masih banyak lagi perkara yang kita tidak tahu walaupun pada kasarnya kita sudah mengetahui sesuatu objek dengan begitu lama sekali.
Berbalik kepada cerita ekor Mira ini, saintis masih belum tahu kenapa ia terjadi demikian. Besar kemungkinan ekor itu terhasil apabila Mira membuang sebahagian daripada gas-gasnya ke angkasa. Dan ia ditambah pula dengan kelajuan bintang ini merentasi angkasalepas.
Berbanding dengan bintang gergasi merah yang lain, Mira bergerak begitu laju iaitu sekitar 130km sesaat!!Ekor Mira ini hanya bersinar pada cahaya ultraviolet. Oleh sebab itu baru sekarang apabila GALEX meneropongnya, barulah para saintis tahu akan kewujudan sebuah struktur yang tidak pernah difikir keluar daripada sebuah bintang yang sudah dikaji selama lebih 400 tahun!!Subhanallah!!Sumber : NASA

One Response

  1. Artikel di blog ini sangat bagus dan berguna bagi para pembaca. Agar lebih populer, Anda bisa mempromosikan artikel Anda di infoGue.com yang akan berguna bagi semua pembaca di seluruh Indonesia. Telah tersediaa plugin / widget kirim artikel & vote yang ter-integrasi dengan instalasi mudah & singkat. Salam Blogger!

    http://infogue.com/astronomi
    http://infogue.com/astronomi/_falak_online_bintang_mira_miliki_ekor_seumpama_komet_/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: