Bila paderi England anjur laksana syariah

Bila paderi England anjur laksana syariah

Menjadi berita besar di Britian dan menggemparkan semua orang apabila paderi besar England baru-baru ini menganjurkan supaya kerajaan Britain melaksanakan undang-undang syariah untuk mengadili umat Islam, agama kedua terbesar di negara itu.

Cadangan yang cukup baik dari seorang paderi kanan England itu adalah permulaan kepada pemikiran baru yang dicetuskan oleh orang Barat sendiri dan paderi pula.

Paderi yang berfikiran terbuka dan Kristian itu sendiri adalah agama yang paling hampir dengan Islam. Ia juga asalnya agama dari langit; agama yang pada mulanya mengakui selepas Nabi Isa a.s. akan muncul nabi akhir zaman yang namanya Ahmad atau Muhammad.

Cetusan pemikiran paderi itu adalah kontradik dengan prejudis masyarakat Barat yang dibelenggu oleh sikap buruk Presiden Bush yang melabelkan Islam sebagai agama dan anasir keganasan.

Berat bagi masyarakat Barat untuk menerimanya. Ia ditentang oleh kerajaan Britain dan oleh kebanyakan rakyat. Ia tidak memeranjatkan kerana prejudis mereka terhadap Islam telah berakar lama dan apa lagi masyarakat Barat dan Kristian itu sendiri banyak dipengaruhi Yahudi.

Yahudi yang membelenggu Bush berfikiran anti-Islam dan memaksanya berperang di Iraq dan Afghanistan kalau boleh untuk selama-lamanya. Yahudi amat tidak senang dengan cadangan paderi itu.

Tetapi malangnya para pemimpin negara Islam membisu terhadap suara paderi itu. Hanya sebahagian penganut Islam di Britain mengalu-alukan cadangan itu. Tidak banyak ulasan atas cadangan itu.

Negara Islam dan umat Islam hanya bangun kalau agama Islam dihina tetapi diam saja apabila ada pandangan yang mahu mendaulatkan Islam. Di Malaysia sendiri yang sedang merayakan sedikit prestasi Islam Hadhari tidak memberikan sebarang reaksi.

Media Malaysia tidak pengupas perkara itu.

Dipercayai pandangan paderi itu boleh meransang kepada perkembangan yang baik untuk Islam. Apa jua yang dikira dapat mendaulatkan Islam tidak menarik masyarakat Islam sekular.

Kerajaan Malaysia yang mengaku memajukan Islam seperti yang ditonjolkan oleh Islam Hadhari lebih suka melihat kemajuan orang Islam sesuai dengan cara hidup dan pemikiran sekular. Apabila ia bertembung dengan unsur syariah, maka ia mendiamkan diri kalau pun tidak menentang.

Dalam isu suara paderi England itu, jelas paderi itu lebih berfikiran Islam dari pengembang Islam Hadhari. Pandangan paderi itu lebih dekat kepada Islam daripada pendirian dan sikap ketua-ketua negara Islam.

Paderi itu tertekan atas reaksi masyarakat Barat, tetapi masyarakat dan pembesar Islam pula tidak memberikan galakan kepadanya. Suatu yang amat malang bagi masyarakat Islam dan ini menjadi paderi itu juga malang.

Paderi itu tentu telah melihat kemahuan masyarakat akar umbi Islam yang mahu kepada peradaban Islam yang sebenar bagi menyelesaikan masalah mereka. Mereka sedang berusaha keras untuk mencapai hidup sebagai orang Islam sebenar.

Tetapi masalah umat Islam dan penduduk Britain itu sendiri tidak dapat diselesaikan kerana halangan undang-undang. Kalau umat Islam di negara Islam tidak dapat menyelesaikan masalah mereka disebabkan negara masing-masing tidak mengikut kemahuan Islam, maka tentulah tidak mudah bagi Britian sebagai negara bukan Islam untuk beramal secara Islam.

Paderi itu dipercayai tahu bahawa bukan masanya bagi Britian untuk melaksanakan syariah. Tetapi kerana masyarakat itu adalah penganut demokrasi dan percaya kepada kebebasan agama, maka penyelesaian kepada masalah di Britain ialah dengan membenarkan umat Islam mengamalkan hukum dan muamalat mengikut Islam.

Dia pun tahu bahawa cadangan itu bukan mudah diterima, tetapi ia perlu menjadi bahan perbahasan dalam masyarakat. Perkembangan ilmu dan segala macam teknologi di Britain adalah tempat yang baik untuk membahaskan isu itu secara akadamik.

Sama ada paderi itu sendiri berminat kepada pemikiran Islam, tidak dipastikan, tetapi ia dilihat lebih positif dari pemikiran Islam Hadhari. Mana tahu cetusannya itu dapat mendekatkannya lagi dengan Islam.

Ia patut disambut baik oleh umat Islam, kerana pandangan yang dekat kepada Islam oleh paderi sepertinya boleh mendekatkan kepada hidayah.

Setakat ini, disebabkan oleh tekanan yang diterimanya, dia cuba menenangkan suasana dengan menyatakan apa yang dimaksudnya ialah supaya ada kemudahan bagi masyarakat Islam melangsungkan beberapa kegiatan Islam seperti kahwin mengikut cara Islam dan tidak perlu mesti mendaftar lagi seperti yang ada sekarang.

Jika pandangan paderi itu diberikan reaksi yang setimpal, ia mudah membuka medan baru kepada pemikiran Islam di Barat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: