Lagi Kes Budak Hilang

oleh : M.S Abu Sahid (S/u UA DPPWP)
KUALA LUMPUR (Ahad) 13 MAC 2008 – ” Masa tu saya dan Awie (Asmawi) nak balik kerumah lepas bermain di cyber cafe . Saya sampai rumah saya dulu, lepas tu Awie pun pulang kerumah dia. Masa dia pulang tu la dia hilang.” cerita Aminuddin kepada wakil Unit Amal Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Dalam keadaan adik Sharlinie Mohd Nashar yang sudah lebih 2 bulan tidak dijumpai, kini seorang lagi kanak-kanak lelaki Asmawi Jalalluddin, 11, dilaporkan hilang ketika pulang bersama rakannya dari bermain di pusat cyber cafe berhampiran dengan rumahnya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Sehingga hari ini, sudah empat hari Asmawi dilaporkan hilang. Menurut kakaknya Saodah, kejadian tersebut berlaku pada hari Ahad yang lalu sehari selepas tarikh Pilihanraya Umum ke 12. Asmawi yang pulang dari bermain di cyber cafe bersama rakannya Aminuddin, 12, didapati tidak pulang kerumah. Ketika itulah seluruh ahli keluarga Asmawi mula mencarinya disekitar kawasan perumahan mereka serta ditempat cyber cafe tersebut namun tidak menjumpai Asmawi.

Kemudian pada keesokan hari, Saodah bersama ibu dan ayahnya ke Balai Polis Brickfield bagi membuat laporan kehilangan Asmawi. Selepas itu seluruh ahli keluarga Saodah mengedarkan poster kepada orang ramai dikawasan sekitar Lembah Pantai sehinggalah semalam mereka telah pergi ke ibu pejabat TV3 di Bandar Utama bagi memohon TV3 menyiarkan berita kehilangan Asmawi.

Selepas mendapat maklumat dari berita tersebut, seramai 6 orang anggota Unit Amal DPPWP yang diketuai pengarahnya Saripuddin Mohd Yatim (gambar) bersama 5 orang Unit Srikandi dari Dewan Muslimat PAS Pusat telah bergegas kerumah keluarga Asmawi malam tadi bagi mendapatkan maklumat terperinci berkaitan kehilangan Asmawi.

Setelah mendapat maklumat tersebut, Saripuddin meminta agar keluarga Asmawi bersabar diatas ujian yang dilalui dan berjanji akan cuba membantu setakat yang boleh menjalankan operasi bersama Unit Srikandi mencari sambil mengedarkan poster kepada orang ramai seperti yang telah dilakukan terhadap kes yang sama menimpa adik Sharlinie, Nurin Jazlin, Mohd Haiqal dan Yin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: