True Love Never Ends………

True Love Never Ends………

Salleh dan Salleha sedang duduk bersama di taman kampus tanpa melakukan apapun,
hanya memandang langit sementara sahabat-sahabat mereka yang lain sedang asyik
bercanda ria dengan kekasih masing-masing.

Salleha : ” Ahhh!! aku bosan. Aku berharap aku juga mempunyai pacar yang dapat
bersama berbagi waktu denganku. ”

Salleh : ” Nampaknya cuma tinggal kita berdua saja yang masih single mingle, masih
tidak mempunyai pasangan sekarang.” ( keduanya mengeluh dan berdiam beberapa
saat )

Salleha : ” Aku ada idea best nie. Kita adakan permainan jom? ”

Salleh : “Errr? Permainan apa? ”

Salleha : “Ermmmmm… sonang tu bah. Apa kata kau jadi pacarku dan aku jadi
pacarmu tapi hanya untuk 100 hari saja….. camnerr okay tak? ”

Salleh : ” Baiklah… lagi pong aku juga belom ada agenda apa-apa untuk beberapa
bulan nie. ”

Salleha : ” Lerr… cam tak ikhlas jerr…. nak tak nak??… semangat sikitlah! Hari ini
akan jadi hari pertama kita bercouple. Kita ke mana sekarang? ”

Salleh : ” Camnerr kalau kita nengok wayang ajerr? Kalao tak salah citerr PGL
tengah now showing nie….. Ajebb ngan Adha cakap citerr nyerr best tau.. dia orang
kasi 4 bintang lagi. ”

Salleha : “OK sett!!!…. Jom kita pergi sekarang. Pastu kita gi karaoke yerr… agak-
agak kalau kita ajak sama MasPenn ngan Lili tu dia nak tak??? ”

Salleh : “Boleh juga…” ( mereka berdua pun pergi menonton, berkaraoke dan Salleh
menghantar Salleha pulang selepas itu )

Hari ke 2 :

Salleh dan Salleha menghabiskan waktu untuk berbual dan bercanda di kafe,
suasana kafe yang remang-remang dengan alunan muzik yang syahdu membawa hati
mereka pada situasi yang romantis. Sebelum pulang Salleh membeli sebuah kalung
perak yang berloketkan sebiji bintang untuk Salleha.

Hari ke 3 :

Mereka pergi ke Mall membeli-belah untuk mencari hadiah buat Lady Rye, seorang
sahabat Salleh. Setelah lelah berkeliling dalam Mall, mereka memutuskan untuk
membeli sebuah jam tangan. Setelah itu mereka beristirihat dan duduk di foodcourt,
makan sepotong kuih dan satu gelas jus berdua dan mulai berpegangan tangan untuk
pertama kalinya.

Hari ke 7 :

Bermain bowling dengan teman-teman Salleh. Tangan Salleha terasa sakit kerana
tidak pernah bermain bowling sebelumnya. Salleh memicit-micit tangan Salleha
dengan lembut.

Hari ke 25 :

Salleh mengajak Salleha makan malam di Danga Bay. Bulan sudah menampakkan diri,
langit yang cerah menghamparkan ribuan bintang dalam pelukannya. Mereka duduk
menunggu makanan, sambil menikmati suara desir angin berpadu dengan suara
gelombang bergulung di pantai. Sekali lagi Salleha memandang langit, dan melihat
bintang jatuh ( shooting stars ). Dia mengucapkan suatu permintaan dalam hatinya.

Hari ke 41 :

Salleh menyambut ulang tahun. Salleha membuatkan kek ulang tahun untuk Salleh.
Bukan kek buatannya yang pertama, tetapi kasih sayang yang mulai timbul dalam
hatinya membuat kek buatannya itu menjadi yang terbaik. Salleh terharu menerima
kek itu, dan dia mengucapkan suatu harapan saat meniup lilin ulang tahunnya.

Hari ke 67 :

Salleh dan Salleha menghabiskan waktu di Sunway Lagoon. Berjalan sama di The
World’s Longest Pedestrian Suspension Bridge, sambil menikmati pemandangan. Naik
The Viking, makan eskrim bersama, dan mengunjungi kiosk permainan. Salleh
menghadiahkan sebuah boneka teddy bear besar bermata biru untuk Salleha, dan
Salleha membelikan sebuah MP3 thumbdrive player untuk Salleh.

Hari ke 72 :

Pergi ke Suntec City di Temasik. Melihat meriahnya pamiran dari negeri Cina. Salleha
mengajak Salleh untuk mengunjungi salah satu kiosk “Fortune Telling”. Sang peramal
hanya mengatakan “Hargai waktumu bersamanya mulai sekarang” kemudian peramal
itu menitiskan airmata.

P.S : Korang jangan pulak besok-besok gi jumpa tukang telek pulak… tang ini cuma buat sedapkan jalan citerr jerr…

Hari ke 84 :

Salleh mengusulkan agar mereka berlibur ke pantai. Pantai Desaru kelihatan sepi
kerana bukannya waktu percutian bagi orang lain. Mereka melepaskan sandal dan
berjalan sepanjang pantai sambil berpegangan tangan, merasakan lembutnya pasir
dan dinginnya air laut menghempas kaki mereka. Matahari terbenam, dan mereka
berpelukan seakan tidak ingin berpisah lagi.

P.S Lagi : Tang peluk-peluk nie pong… korang jangan pulak nanti serang jebat pasai
buat adengan peluk-peluk… sama jugak macam yang kat atas tu… sajerr nak
panjangkan citerr…

Hari ke 99 :

Salleh memutuskan agar mereka menjalani hari ini dengan bersantai sambil berputar-
putar tanpa arah tujuan keliling bandar dan akhirnya duduk di sebuah taman.

1520hrs

Salleha : ” Aku haus. Rest kejap okay. ”

Salleh : ” Tunggu disini, aku beli minuman dulu. Aye nak minum “Green Tea”; You nak
minum apa? ”

Salleha : ” Biar I saja yang beli. Aye kan penat putar stering keliling bandar hari ini.
Sekejap yerr ”

Salleh mengangguk. Kakinya memang suka simpul biawak atau cramp kalau lama
memandu.

1530hrs

Salleh sudah menunggu selama 10 minit and Salleha masih belum kembali juga. Tiba-
tiba seseorang yang tidak dikenali berlari menghampiri Salleh dengan wajah panik.

Salleh : ” Ada apa Cik? ”

Orang asing : ” Ada seorang perempuan dilanggar kereta. Rasa-rasanya macam
temanmu tadi ”

Salleh segera berlari bersama orang itu. Disana, di atas jalan yang panas terjemur
terik matahari siang, tergeletak tubuh Salleha bersimbah darah, masih memegang
botol minumannya. Salleh segera menelefon ambulan dan langsung mengikut Salleha
ke rumah sakit bersama-sama ambulan. Selama 8 jam 10 minit, Salleh tidak senang
duduk diruang menunggu bilik kecemasan. Sekejap berdiri… sekejap mundar-mandir..
fikiran Salleh bercelaru. Seorang doktor keluar dengan wajah penuh penyesalan.

2353hrs

Doktor Zuhana : ” Maaf, tetapi kami sudah cuba melakukan yang terbaik. Dia masih
bernafas sekarang tapi Yang Maha Kuasa akan segera menjemput. Kami menjumpai
surat ini dalam kocek bajunya. ”

Doktor Zuhana memberikan sekeping surat yang terkena percikan darah kepada
Salleh dan Salleh segera masuk ke dalam bilik rawatan untuk melihat Salleha.
Wajahnya pucat tetapi kelihatan damai. Salleh duduk disisi pembaringan Salleha dan
menggenggam tangan Salleha dengan erat. Untuk pertama kali dalam hidupnya Salleh
merasakan torehan luka yang sangat dalam di hatinya. Butiran airmata mengalir dari
kedua belah matanya. Kemudian dia mulai membaca surat yang telah ditulis Salleha
untuknya.

Sahabatku Salleh…
Ke 100 hari kita sudah hampir berakhir. Aku menikmati hari-hari yang telah ku lalui
bersamamu. Walaupun kadang-kadang kau buat derk dan tidak dapat ku membuat
telahan, tetapi semua perkara itu telah membawa kebahagiaan dalam hidupku.

Aku sudah menyedari bahawa kau adalah jejaka yang berharga dalam hidupku. Aku
menyesal tidak pernah berusaha untuk mengenalmu lebih dalam lagi sebelumnya.

Sekarang aku tidak meminta apa-apa, hanya berharap kita dapat memperpanjang
hari-hari kebersamaan kita. Sama seperti yang ku ucapkan pada bintang jatuh malam
( shooting stars ) itu di pantai, Aku ingin kau menjadi cinta sejati dalam hidupku. Aku
ingin menjadi kekasihmu selamanya dan berharap kau juga akan berada disisiku
seumur hidupku. Salleh, aku sangat sayang padamu.

2358hrs

Salleh : ” Salleha, apakah kau tahu harapan apa yang ku ucapkan dalam hati tika
meniup lilin ulang tahunku? Aku pun berdoa agar Tuhan mengizinkan kita bersama-
sama selamanya. Leha, kau tidak boleh meninggalkan aku! Hari yang kita lalui baru
berjumlah 99 hari! Kau harus bangun dan kita akan melalui puluhan ribu hari
bersama-sama! Aku juga sayang padamu, Salleha. Jangan tinggalkan aku,
Ayang…jangan biarkan aku kesepian!, Aku sayang kamu…!”

Jam dinding berdentang 12 kali….jantung Salleha berhenti berdetak.

Hari itu adalah hari ke 100…

Lagi-Lagi P.S :
Luahkan perasaanmu pada orang yang kau sayangi sebelum terlambat.
Kau tidak akan pernah tahu apa yang akan terjadi esok.
Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan meninggalkanmu dan tidak akan pernah
kembali lagi.

True love doesn’t always have a happy ending, because true love never ends….

Be more concerned with your character
than your reputation, because your
character is what you really are,
while your reputation is merely what
others think you are

One Response

  1. haah betul gak tu aku sokong true love will never ends……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: