Antara amalan-amalan terbaik di hari Jumaat

Antara amalan-amalan terbaik di hari Jumaat

Ustaz Zainudin Hashim

Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, perlu berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.

Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap muslim/muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :

Melakukan solat lima waktu dengan baik (sama ada dari sudut pada awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin penerimaannya).

Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi kaum muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.

Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w, sirah para sahabat Nabi, bagi muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.

Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya.

Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.

Apakah amalan terbaik untuk dilakukan pada hari Jumaat?

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur misai, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid. Sabda Rasulullah s.a.w.: ” Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah.”

Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

Pernahkah kita terfikir bagaimana baginda Rasulullah s.a.w dalam solat fardu Subuh menggabungkan pembacaan surah as-Sajadah (32) pada rakaat pertama dan surah al-Insan (76) pada rakaat kedua.

Ini kerana kedua-dua surah tersebut mengandungi bahan motivasi dari sudut misi kemanusiaan, daripada isu berkenaan penciptaan awal manusia yang dicipta daripada air mani yang busuk hinggalah perhimpunan manusia pada hari qiamat di padang Mahsyar, iaitu satu masa di mana mereka sedang menunggu giliran untuk diperhitungkan amalan-amalan mereka.

Ia tidak terhenti setakat itu sahaja, malah ia mengajar manusia untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat, ia Allah SWT aan menganjari mereka yang melakukan perkara terbaik dalam hidup mereka dan membalas dengan azab bagi mereka yang melakukan perkara yang bercanggah dengan perintah dan arahan-Nya.

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Muslim digalakkan setibanya di masjid untuk melaksanakan sembahyang tahiyatul masjid. Dalam sebuah hadis dinayatakan: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga.”

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin.

Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

Hendaklah sedapat mungkin memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata (bagi mereka yang datang awal), jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.

Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma’uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 – 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat (jika bercuti pada hari itu), justeru, hari Jumaat adalah digalakkan kita agar tidak bekerja supaya dapat melakukan sunnah-sunnah Rasulullah .s.aw yang tidak ada janji-janji yang lebih manis pada hari-hari yang lain.

Inilah kejayaan musuh Islam yang mengalihkan pandangan umat dari banyak beribadat pada hari Jumaat digantikan pada hari lain, sedangkan hari kebesaran mereka pada hari Ahad dapat disempurnakan dengan pergi ke gereja dengan selesa dan sempurna, kerana pada hari itu mereka bercuti dan berehat bersama keluarga.

Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya. Amin.

About these ads

12 Responses

  1. salam,

    saya berasa tidak tenang dengan diri saya… terasa diri amat dibebani sesuatu.. jiwa sentiasa memberontak dan tiada lagi mimpi2 yang indah melainkan yang memberikan rasa gelisah…. urusan kehidupan harian terasa sukar untuk dilaksanakan, byak sangat halangan yg mendatang….. mohon uztaz memberikan sedikit ilmu untuk saya melakukan amalan harian dgn ajaran islam yang sebenarnya…..

    • pandangan ana:
      - seringkali mendengar alunan2 al-Quran dan nasyid2 ketuhanan…
      - seringkali pergi solat berjemaah berserta majlis2 ilmu…
      - join usrah..di situ kita akan bertemu kerana ALLAH..mendalami ilmu untuk mendekatkan diri dgn ALLAH.

    • as salam,
      Sekadar memberikan pendapat berdasarkan ilmu yang cetek.
      alhamdulillah kiranya hati saudara ‘disentuh’ Allah s.w.t untuk kembali dakat padaNya.. apapun tak dapat tidak kita mesti kembali kepada ‘basic’.. hanya jiwa yang dekat kepada Allah sahaja yang merasai ketenangan dalam hidup.. saya pun tak pandai nk cakap tp mungkin saudara boleh mula dgn istighfar bnyk2.. setiap hari setiap masa.. ingt bahawa tiada satu pun benda dalam dunia ni milik kita melainkan semuanya milik Allah s.w.t. mungkin saudara boleh google youtube cari ceramah dr. asri.. insyaallah menyentuh hati.. bnykkan solat taubat.. setiap kali ambil wudhuk msti btul2 ingt kat Allah.. setiap masa kena bercakap dgn Allah.. Allah takkan mengecewakan hambaNya yg berdoa dgn ikhlas..

  2. salam, org awam spt kita ni memang lemah @ kurang dlm byk segi @ bidang,adalah lebeh bijak jika kita mengakui hakikat ni semoga dgn kesedaran ini kita akan sentiasa berusaha utk membaiki diri,dlm byk hal @ dgn berbagai cara, e.g…yg paling senang jika anda seorang yg selalu melayari internet cuba cari tajuk2 ceramah yg byk terdpt dlm internet ni[ceramah2 berkenaan iman,solat[wajib,sunat,solat malam etc] dan cara2 mengatasi halangan2 yg dtg setiap kali kita hendak melakukan kebaikan dlm hidup sehari2…insyaallah anda akan dapati diri anda akan terasa perubahan nya…jgn lupa utk menghadirkan diri dgn majlis ilmu @ jadilah org yg suka bertanya pd org yg ahli dlm hal agama agar iman @ keyakinan anda semakin mantap..insyaallah…

  3. saya sedang cuba untuk mendekat diri pada Allah. Saya malu dengan segala dosa – dosa yang telah saya lakukan. Saya nak jadi seorang beriman dan mencintai Allah.

  4. izin share..syukran..:)

  5. assalamualaikum….., mohon kebenaran utk d siarkn di fb sy . trima kasih sy ucapkn… :)

  6. mohon share untuk bersama…

  7. Amin.
    Insyaallah!
    This is the one of good posting!
    Thanks.

  8. Bermanfaat …syukron ….

  9. Mohon share di FB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 35 other followers

%d bloggers like this: