Wajib bersegera qada solat

Wajib bersegera qada solat

SOALAN:
SAYA ada kemusykilan di dalam mengqada solat. Contohnya, jikalau kita terlepas solat subuh adakah kita perlu gantikannya segera pada waktu itu?.

Atau selepas waktu solat zohor? Sebabnya saya ada mendengar dari kawan-kawan saya yang mengatakan gantikan solat wajib yang kita tinggalkan selepas solat Isyak.

JAWAPAN:
SOLAT fardu yang tertinggal wajib diqada. Ulama membahagikan qada solat kepada dua jenis. Yang pertama qada solat bagi mereka yang tertinggal solat dengan keuzuran. Yang kedua qada solat bagi mereka yang tertinggal tanpa keuzuran.

Para ulama fikah dalam mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah, al-Hanafiyyah dan al-Hanabilah sepakat mewajibkan bersegera dalam mengqada solat wajib yang tertinggal tanpa keuzuran. Ini kerana meninggalkan solat tanpa keuzuran syarak adalah berdosa. Maka bertaubat daripada dosa dituntut segera.

Dosa yang bertangguh tanpa bertaubat akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Selagi tidak qada selagi itulah dosanya dikira. Syarat taubat daripada dosa ini ialah mengqadakan solat yang tertinggal.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika pulang menunggang unta dari peperangan khaibar telah merasakan mengantuk sangat, sehingga baginda bersabda: “Wahai Bilal kita telah ditimpa malam”, maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau, manakala Rasulu llah s.a.w dan para sahabat terus tidur.

Apabila hampir fajar Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dari kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari. Rasulullah s.a.w adalah yang terawal bangun lalu baginda terkejut. Lantaran Bilal berkata: “Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jualah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah”. Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah s.a.w berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami para sahabat.

Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda: “Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (Tahaa:14 ), (riwayat Ibn Majah, jld:1, hlm: 227).

Persoalannya bolehkah qada solat subuh? Sedangkan selepas subuh adalah waktu haram mendirikan solat. Mungkin ini menjadi asas kepada pandangan segelintir masyarakat yang menyangka tidak boleh melakukan sebarang solat selepas waktu subuh walaupun qada solat.

Dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w daripada ‘Uqbah bin ‘Amir memberitahu yang bermaksud: Baginda Rasulullah telah menegah kami dari menunaikan solat dan mengkebumikan jenazah pada tiga waktu berikut: ketika terbit matahari sehingga naik tinggi, ketika matahari berada pada ufuk dan ketika terbenamnya matahari. (riwayat Muslim, jld:1, hlm:568, Abu Daud, jld:2, hlm:185,).

Namun, solat yang diharamkan selepas solat fajar ialah solat sunat, adapun solat fardu tidak ditegah dari melakukannya, ini kerana selagi mana matahari tidak terbit selagi itu waktu itu waktu solat subuh. (Nuh ‘Ali Salman, Qadha al-Ibadat, hlm: 260-261).

Para Fuqaha dari kalangan mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah dan al-Hanabilah mengharuskan qada solat pada waktu-waktu yang ditegah dalam hadis di atas dan waktu-waktu lain.

Dr. Wahbah al-Zuhailiy menukilkan pandangan para fuqaha dengan menyimpulkan dengan pandangan: “Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada solat boleh dilakukan bila-bila sahaja.” (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh al-Islamiy, jld:2, hlm: 144).

Justeru, dengan nas-nas daripada al-Quran serta hadis dan pandangan ulama yang muktabar jelas kepada kita bahawa qada ini boleh dilakukan pada bila-bila sahaja walaupun selepas subuh dan selepas asar.

Ini kerana wajib itu kekal wajib. Wajib dalam waktunya apabila tidak ditunaikan pada waktunya wajib itu tidak berubah tuntutannya ia tetap kekal wajib. Malahan orang yang tertinggal solat dengan alasan tertidur, terlupa wajib bersegera mengqadanya. Selagi mana tidak diqada selagi itulah hutang solatnya tertanggung atas bahunya.

Solat tidak boleh selesai dengan taubat sahaja. Taubat atas perbuatan alpa atau buat-buat alpa dan terlupa. Taubat dalam erti kata menyesal atas sikap acuh tak acuh, dan berjanji dengan Allah dan diri bahawa tidak akan mengulangi tabiat suka leka dan tidak bersungguh-sungguh dalam memelihara solat.

About these ads

95 Responses

  1. SALAM…
    APA SYARAT SAH QADA SOLAT?

  2. kawan saya boleh dikatakan hari2 tertinggal solat subuh kerana tdo yg xmenentu waktunyer.selalunyer die akan bgun pkul 10 dan trus membuke laptop utk check email dan sbagainyer dlm 15 mnit..slepas itu die mandi dan qadha solatnyer..stiap hari itulah perlakuannyer..adakah diterima qadhanye?

  3. Pertama kali kita kena confirm adakah betul dia tidak bangun..mungkin dia telah bangun lebih awal dari kita..lepas tu dia tidur semula..

    andai kata betul tidak bangun, sebagai kawan, kita harus mengejutkan dia..itulah peranan kita sebagai seorang kawan…

    berfikirlah positif..mungkin pada jam 10 pg dia solat Dhuha..sama2 kita amalkan..

    bagi pendapat saya, dalam Islam tiada istilah qada solat..andai kata dia tidak terjaga pada waktu subuh..dan terjaga pada jam 10 pagi..dia seharusnya tidak melengah-lengahkan waktu solat..apabila terjaga dia mesti terus solat dengan niat solat subuh seperti biasa..

    untuk kes lain..seperti dia hendak sembahyang isyak tetapi baru teringat dia belum sembahyang magrib lagi..pada masa itu dia perlu selesaikan solat isyak terlebih dahulu dengan niat seperti biasa dan kemudian solat magrib dengan niat qada magrib..tujuannya adalah untuk membezakan solat waktu sekarang dengan solat tertangguh..

    WA’hualam..hanya ALLAH lebih mengetahui..

  4. assalamu’alaikum..belakangan ini ada sekelompok orng muslim yang menafsirkan salah satu hadis nabi dengan melaksanakan solat subuh ketika waktu terang..saya mohon diberi informasi sebanyak-banyaknya mengenai hadis waktu solat subuh yang dilakukan oleh rasullah.atas infonya saya ucapkan banyak terimakasih. wassalam.

    • abaikan informasi tersebut..
      ikutlah ulama muktabar…lakukan solat subuh mengikut waktu yang telah di tetapkan..pegang ini sampai mati hidup kita..

      jzkk..

  5. salam..

    bagaimana jika seseorang itu menaiki bas/train dari ipoh utk bekerja di kl setiap hari..menaiki bas/train pada jam 5 pagi dan tiba di kl pada 7.30 pagi..dan pulang semula ke ipoh jam 6 ptg & tiba ada jam 9 mlm..

    waktu subuh dan maghrib akan tertinggal..sah kah solat yang diqadha pada setiap hari ni?

  6. salam..

    saya ingin bertanya, bagaimana niat qada?

    terima kasih..

    • mengikut pengetahuan ana, qada itu tiada niat yg khusus…
      sebagai cth ana bagi situasi ini..

      situasi 1: jika kita tertinggal solat subuh gara2 tertido…kita bangun jam 9 pagi..oleh itu lepas jee bangun dari tido..terus kita solat subuh dengan niat seperti biasa..

      situasi 2: setelah masuk waktu isyak dan kita solat seperti biasa..tiba2 kita teringat bahawa kita belum lagi sembahyang magrib, terus kita lakukan solat mabgrib dengan niat solat magrib berserta ada qada..untuk membezakan solat fardhu yg kita kerjakan dengan solat tertinggal..

      WaAllahu’alam…
      -Hanya Allah lebih mengetahui-
      antum pun di minta untuk merujuk kepada Ustaz yang terdekat untuk melebih memahami..

      JZKK…

  7. Adakah tidak boleh dilakukan solat sunat jika solat yang ditinggakan masa lalu belum diqada semuanya..?

    • betul..pendapat ini adalah pendapat yang agak keras sedikit…
      namun ada ulama berpendapat, jika kita lazim melakukan solat sunat, tunaikan jugak solat qada selepas itu..

      kesimpulan: kita melakukan solat qada jika masih ada, dan pada masa yang sama masih meneruskan solat sunat.

  8. apakah hukum jika seseorang meninggalkan solat asar disebabkan ketiduran dan bangun selepas azan mgrib.tetapi dia teringat bahawa dia terlupa menunaikan solat asar dan kemudian dia mandi dahulu dan selepas itu dia menunaikan solat magrib kemudian barulah dia menunaikan solat qada’…..apakah solat itu sah sedangkan apa yang saya tahu solat qada’ hendaklah dilakukan dengan segera.

    • mengikut pandangan ana,
      mandi dulu tidak menjadi keberatan…
      kerana kita di suruh untuk membersihkan diri sebelum menunaikan solat..
      yang menjadi kesalahan adalah bila mana anda tahu anda terlepas solat asar, tetapi anda tangguhkan dulu dengan berbual2 bersama kawan..itu yang bermaksud “hendaklah di segerakan solat”.

      WaAllahualam..

  9. ad terbaca… law kita dlm kes pembedahan… solat wajib yg kita tinggalkn boleh dijamak…. nape x qada jer?? apa beza qada ngn jamak… apa syarat jamak? law jamak ngn qasar sy taw lh…. kene >85km…

    • Beza qasar dan jamak:
      qasar: syaratnya mesti musafir
      Jamak: syaratnya tidak semestinya musafir

      Dalam kes pembedahan, di bolehkan doktor untuk menjamakkan solatnya.

      Islam ini agama cantik. Islam selalu memberi kemudahan kepada kita dalam semua hal.

      cth lain: katakanlah kita terlibat dlm jam. Sesak sgt, berjam2, langsung tak boleh lari. Dibolehkn juga untuk jamak.

  10. assalamu’alaikum.. baru² ni hati saya terdetik utk melaku kan solat tp sy masih sedang belajar, supaya sy dtp solat dgn sempurna .saya nak tanya, saya sering terlepas solat asar sbb kat opis saya x ada surau, dan bos saya pula bkn beragama islam. tambahan saya sorg je staff yg beragama islam. boleh ke saya qada solat asar tu setiap hari, krn sy x ada peluang utk keluar solat..

  11. assalamu’alaikum.. sy nak bertanya, setiap hari berkerja, saya sering x berkesempatan untuk menunaikan solat asar, kerana di office saya tidak mempunyai surau, dan saya tak di benar kan keluar di waktu kerja kecuali lunch hour. persoalannya, boleh ke saya qada kan solat asar tu setiap hari??

    • anda tidak boleh meninggalkan solat sewenang2nya…
      Islam itu agama yg mudah…
      pandangan ana..anda boleh mencari ruang di tempat kerja anda untuk melakukan solat di situ…
      tambahan pula..jika anda kerja mengikut office hour..pasti sempat solat asar..jgn lah tggu sehingga perlu sampai rumah..singgah lah di mn2 tempat yg sesuai utk melaksanakan solat..

      pesan ana lagi…tetapkan hati kita utk melaksanakan solat dgn sebaik2nya..InsyaALLAH..semoga dipermudahkan jalan

      WaAllahu’alam….

      • assalamualikum..sy ingin bertanye tentang qada solat ini..situasi sy same dgn husna..tiada tmpt solat dan bos bkn beragama islam tetapi mase bekerja sy dr pukul 2.00ptg hingga 11.00 mlm..sy mngkin akan tertinngal 1 waktu solat sme ade asar atau maghrib..sy diberi rehat 1jam shj..persoalannyer..bole kah sy qada solat asar atau maghrib jika mse tidak mengizinkan..?

      • salam…sy ingin btanya…sy kerja d sebuah syarikat swasta dan tidak menyediakn kemudahn untuk bersolat…lebih2 lagi hanya saya seorng yg beragama islam d tpt tsebut…waktu bekerja dari 8 pagi hingga 6.30 petang..apabila saya sampai d rumah,azan maghrib terus berkumandang d radio…bagaimana harus saya mengqadakan solat zuhur & asar selepas solat maghrib?

  12. assalamualaikum ustaz…
    sy mempunyai masalah yg mengganggu hidup sy selama ini..sy berumur 27 tahun…syarat wajib sembahyang adalah ketika berumur 7 tahun..setah dikira2..hampir 20 tahun sy meninggalkan solat..apakah wajib bg sy untuk mengqada solat2 yg telah sy tinggalkan selama 20 tahun ini? bagaimanakah cara untuk sy mengqada solat saya ini? kerana mengikut pemahaman sy, dosa akan tertangggung selagi solat wajib tidak ditunaikan..ianya terlalu bnyak untuk diqadakan..apakah ada cara lain untuk mengqadakan solat sy ini seperti membayar denda? ataupun sy memang perlu mengqadakan semua solat saya ini? saya harap,ustaz dapat membantu menyelesaikankan masalah sy ini..sekin..wasalam

    • pandangan ana:
      solat itu wajib bagi setiap umat Islam..
      solat yg lepas tetap harus di tunaikan..tidak ada cara lain..
      setelah memohon ampun dari ALLAH atas kelalaian pada masa lalu..anda seharusnya melaksanakan solat yg telah lama ditinggalkan..
      caranya; sekiranya anda sedang berjemaah melakukan solat zohor..setelah selesai, anda solat zohor sekali lg untuk gantian yg lepas..
      lakukan sebanyak mungkin sehingga anda yakin anda berjaya menunaikan semuanya..

      WaAllahu’alam…

      • pandangan ana .
        kita gantikan solat yg kita tinggal dahulu dgn sentiasa melakukan solat sunat .
        contoh ,,solat sunat rawatib , solat tahiyatul msjid , dhuha , hajat dan mcm2 lg .
        itu saja yg ana tahu . sebab ustaz ana pernah beritahu untuk menggantikan solat yg kita ynggal sepanjang hidup adalah dengan melakukan solat sunat .

      • saya tak berapa faham, adakah bermaksud setiap selepas solat solat zohor pada waktu itu, kmudian qada satu waktu zuhur ataupn stiap selepas solat waktu zuhur pada waktu itu kemudian qada seberapa banyak yang mampu waktu zuhur yg tertinggal. dan satu lg saya xpasti, adakah perlu qada solat yang sma pda wktu solat itu, mksudnye adakah perlu qada solat zuhur ketika waktu zuhur shaja, mengqadakan asar dlam wktu asar yg lain, qada ishak dalam waktu isyak, qada solat subuh dalam waktu subuh shja

      • Anda boleh qadha solat bila2 masa sahaja. Nak bayar hutang kat Allah nie bila2 masa Allah terima. Allah maha pengampun dan penyayang

  13. salam,saya nk taw cara pelaksanaan solat qada’.adakah sama seperti solat wajib?qada’ solat subuh pon kena ada doa qunut ker?bilangan rakaat same dgn solat fardu ke?

    • solat yg tertinggal adalah sama dengan solat fardhu yg telah ditinggalkan..

      doa qunut, terpulang..baca pun boleh..x baca pun boleh..

      rakaat solat adalah sama.

      WaAllahu’alam…

  14. assalamualaikum wbt..saya nak tau jika saya nak qadakan solat subuh,bacaannya sama seperti solat subuh ke?maksudnye doa qunut…dan lagi satu saya nak tanya jika qada solat subuh mesti selepas asar ke?jika pada waktu pagi boleh atau tak?juga untuk solat2 yang lain..mohon petunjuk….tq..

    • 1)doa qunut, terpulang..baca pun boleh..x baca pun boleh..

      2)qada solat..saat kita ingat yang kita belum tunaikan solat tersebut..terus laksanakan..solat yang tertinggal harus di segerakan..

      WaAllahu’alam…

  15. saya nk tanya..saya sudah kerap meninggalkan solat fardu asar…jadi,saya juga ingin qada’ tetapi kadang2 terlupa sehingga telah begitu lama tidak melaksanakannya..adakah sah saya menunaikannya setelah sekian lama meninggalkannya..??syukran

  16. Assalamu’alaikum. Dalam mengerjakan solat qadha subuh, adakah dimestikan membaca doa qunut?

    Wassalam.

    • terpulang..baca pun boleh..x baca pun boleh..jika anda biasa membaca doa qunut semasa waktu solat subuh..harusnya baca juga lah semasa gantinya…

      WaAllahu’alam…

  17. niat nye macam mane..adakah niat seperti biasa atau ada yang lain

    • kes 1: katakan jika anda terbangun dari tidur jam 10 pagi dan terus mengantikan solat subuh..niatnya seperti biasa…niat solat tersebut..

      kes 2: anda terlupa untuk solat magrib, dan anda teringat selepas anda selesai solat isyak…maka niat ia berbeza…iaitu solat ganti itu perlu ditambah perkataan “qada” utk membezakan solat fardhu masa itu dengan solat ganti…

      WaAllahu’alam…

    • Cara niat Qada bagi solat fardu lima waktu
      pula ialah:
      1. Solat Maghrib:
      “Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat
      qada’ kerana Allah Ta’ala”
      2. Solat Isyak:
      “Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat
      qada’ kerana Allah Ta’ala”
      3. Solat Subuh:
      “Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat
      qada’ kerana Allah Ta’ala”
      4. Solat Zuhur:
      “Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat
      qada’ kerana Allah Ta’ala”
      5. Solat Asar:
      “Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat
      qadha’ kerana Allah Ta’ala

  18. ya allah kalu dihitung saya berhutang sebanyak 32000 solat selama 18 tahun,walaupun tidak kesemuanya namun jika dikira begitu lah banyaknya,adakah berkesempatan untuk membayarnya wallahuaklam,namun hati sentiasa mengigatinya namun masih tertunggak.baru disedari mengapa hidup ini tidak setenang manusia yang lain pada mata kasar nya.

  19. nak tanye la…

    1) saye ade terbaca tentang ‘qada’ solat ni yang mengatakan kite boleh mengqadakannye pada bile2 waktu saje… apekah yang dimaksudkan dengan bile2 waktu saje..? adakah ianye bermaksud kite boleh mengqadakan sesuatu solat itu kepada waktu solat yang bukan waktunye… contohnye :

    solat subuh diqadakan pada waktu asar…
    solat isyak diqadakan pada waktu zuhur keesokkan harinye..

    adakah ianye bermaksud demikian… ATAU…

    solat subuh hendaklah diqadakan pada waktu subuh dikeesokkan harinye…
    solat isyak hendaklah diqadakan pada waktu isyak dikeesokkan harinye…

    sekian…

    • Solat wajib yang belum di tunaikan wajib di gantikan dengan segera..sebagai contoh…

      si A telah melakukan solat isyak..tiba-tiba jam 10 malam baru dia teringat dia belum tunaikan solat magrib lg atas sbb terlupa atau tidak sengaja..jadi dia perlu segerakan solat magrib pada saat dia ingat..

      Solat ganti tidak boleh di tunda..mesti dipercepatkan..

      WaAllahu’alam…

  20. Assalamualaikum..saya banyak tinggal solat semasa sy di sekolah dahulu…skrg sy sudah solat cukup 5 waktu namun solat yg sy tinggalkan dulu masih belum diqada’ lg
    adakah selagi tidak mengqada’ solat, kte tak blh buat solat suna???

    • wsalam…

      bukan tidak boleh..ada pandangan ulama yg mengatakan boleh melakukan solat sunat..

      tetapi..

      solat yg lepas mesti di dirikan juga di samping tidak meninggalkan solat sunat seharian…

  21. assalamulaikum..

    saya nak tanya,,boleh ka kita qada subuh,selepas waktu solat isyak???

    • boleh tp seharusnya laksanakan secepat mungkin solat ganti tersebut…jgn lengah2kan..

      boleh saja kamu laksanakan solat ganti itu selepas bangun dari tido.

  22. 1. adakah mengqadakan solat hanya boleh dilakukan pada hari yang sama @ bolehkan kita mengqadakan solat yang tertinggal pada hari berikutnya.
    2. sekiranya kita telah menyedarkan sahabat kita supaya mendirikan solat terutamanya solat subuh, tetapi sahabat tidak mengendahkan dan menyambung tidurnya… kemudian sahabat bangun jam 9 @ 10 pagi dan mendirikan solat subuhnya,, adakah solat subuh itu boleh diambil kira @ sebaliknya.

    • Bismilillah…

      1) solat yg ditinggalkan mesti digantikan pada waktu itu jugak…sebagai cth, kita terlupa untuk solat magrib..dan teringat selepas menunaikan solat isyak, dengan serta merta kita mesti laksanakan solat magrib itu.

      2) itu bermaksud dia melaksanakan solat di luar waktu solat subuh…solatnya di terima atau tidak..hanya ALLAH yg tahu…tetapi perbuatan ini di murkai oleh ALLAH SWT.
      kerana dia sengaja menangguhkan setelah dikejutkan.

      ana bagi situasi mudah untuk sama2 kita fikirkan:
      Permohonan untuk memasuki Universiti di buka dari 1 Mei hingga 31 Mei 2010. Setelah tamat tempoh, sistem Universiti akan ditutup. Jadi jika seseorang itu menghantar permohonan terlewat dari waktu yg telah ditetapkn pasti permohonannya akan di tolak…

      Jadi, urusan kita sebagai Hamba ALLAH mesti lebih kita patuhi..Sahabat2 sekalian, cubalah menjadi Hamba yg melakukan pembaikan diri setiap hari…Solat ini jgn di pandang remeh…laksanakan di awal waktu.
      Jgn senang2 untuk meninggalkannya…Jika kita mati sebelum dapat laksanakan solat atas kerana kecuaian kita??Nauzubillah…Mohon di jauhkan…

      WaAllahu’alam…

  23. Assalamualaikum… saya ingin bertanya tentang sah atau tdak solat seandainya kite sentuh tangan orang yang bukan muslim sedangkan kita tahu yg mereka mungkin ade pegang benda haram contohnya makan khinzir dgn tangan, apakah hukumnya, mohon d perjelaskan…..sekian

  24. Assalamualaikum…sy nk mntak difahamkan mngenai qada pd bile2 ms tu…klu kite tertinggal solat pd hari itu juge..mmg sy faham kerane ia perli di qada pd kala kite teringat…tp…bgaimana dgn solat yang sudah lame2 tu…adakah boleh di qada pd bile2 mase?..
    mksud nye di sisi…qada 5 waktu itu slps solat fardhu isyak…

    • Bismilillah…
      maksud bila2 masa di sini adalah lakukan dengan segera…
      untuk di fahami dgn lebih mudah..sebagai contoh dulu kita ada tertinggal solat 5 waktu…untuk mengantinya (yg lama2 dulu) boleh di buat seperti berikut:

      1) setelah masuk waktu zohor, kita lakukan solat fardhu tersebut, setelah selesai kita laksanakan pula solat qada zohor yg telah ditinggalkan dulu…(jika ada tertinggal solat zohor)

      2) perkara sama, jika telah masuk waktu magrib, kita laksanakan solat fardhu magrib itu, setelah selesai kita laksanakan pula solat qada magrib yg telah ditinggalkan dulu…(jika ada tertinggal solat magrib)..

      kita lakukan setiap hari sehinggalah kita yakin bahawa solat qada yang lepas telah di tunaikan/digantikan..

      WaAllahu’alam…

  25. asalamualaikum

    saya nak tanya… untuk qadakan solat yg lma2.. cthnya 21thun lmanya… selepas solat zuhur berapa bilangan solat zuhur yg boleh kita qadakan dalam sehari…
    terima kasih.

    • wsalam wbt…

      pada pendapat ana, tiada had..terpulang pada empunya badan…yg pasti mesti tunaikan yg telah kita tinggalkan,,wajib.

      WaAllahu’alam…

  26. assalammualaikum..

    minta pendapat dimana tempat yg terbaek utk sy belajar agama
    umor sy: 45 thn
    anak : 4
    masih bersuami

    bercadang meningglkan keluarga di KL..hanya untuk belajar agama di sbbkan dosa yg terlalu banyak ats sbb tidak ada didikan agama dr keluarga. tima kasih

  27. asslamualaikum…
    ustaz…bgaimana kalau kita terlupa berapa bnyak bilangan solat yg tertinggal.tp saya nk menqadakn juga solat itu….
    kalau bilangan qada tu terlebih dr bilangan solat yang tertinggal,adakah dkira bdosa?ataupun kalau bilangan qada yang dibuat tidak ckup lg dengan bilangan solat yang tertinggal tetapi kita yakin kita dah cukup untuk mengqadakannya?
    terima kasih…

    • Wsalam..

      alhamdulillah, saudara mempunyai niat yg jelas untuk mengantikan solat yg lepas kerana hutang kita pada ALLAH azza wajala WAJIB kita tunaikan.

      pertama niat ikhlas pada ALLAH, agar menerima solat ganti kita yg telah kita abaikan pada zaman kita jahiliyyah dahulu…

      kita laksanakan solat ganti sehingga kita yakin sudah cukup mengantikannya. Jika lebih, tiada dosa..ia akan bertukar jadi sunat..

      jika kurang, mohon lah doa pada ALLAH tp laksanakan sehingga kita benar2 yakin bahawa kita telah tunaikan semuanya…

      point penting; kita mesti laksanakan dan berdoa semoga ALLAH menerimanya..Ameen.

      WaAllahu’alam…

  28. Salam…

    1. saya ada meninggalkan solat semasa berusia belasan tahun dan semasa belum berkahwin..namun saya tidak tahu berapa waktu yg saya tinggalkan..bagaimanakah untuk saya mengqadakan solat saya itu?

    2. sahkah solat qada saya sekiranya hanya membaca fatihah dan membuat rukun2 wajib sahaja..?

    Terima kasih ustaz..

    • Wsalam..

      1) laksanakan sehingga kita rasa kita benar2 yakin bahawa kita berjaya ganti semuanya..Ingat, gantian solat itu wajib kita laksanakan…dan berdoalah pada ALLAH..Dia maha penerima taubat dan maha penyayang.

      2) sah, tp lebih cantiknya solat jika warnai solat dengan bacaan surah pendek selepas bacaan al-fatihah..seperti kita pakai baju setiap hari.. kita mesti suka pakai baju berlainan warna untuk berlainan hari kn berbanding hanya memakai baju putih untuk setiap hari…yang mana lebih kita suka? semua itu mmg menutup aurat tetapi yg mana lebih ingin kita lalui setiap hari2 yg berlainan?

  29. salam…

    1-sy nk tnya pasal qada solat sbb keuzuran(period)..cnthnya..klw period start dlm waktu zohor..dan habis pada waktu maghrib..so..dlm situasi ni..ada y ckp qada zhor shj dan slt maghrib n sterusnya seperti biasa..tapi..ada yg ckap kena ikut cara jama’ solat..dimana..klw dlm situasi ni..dia kena qada zhor(sbb ms start period) dan zhor n asar jugak
    (after abis period sbb ikut jama’ solat)..mcm mna ya??..sy kurg jelas pasal ni..ataupon sy slh fhm..

  30. assalamualaikum wbt,

    ustaz, andai kata kita dalam satu perjalanan pulang ke rumah, dan perjalanan tu memakan waktu maghrib sebagai contoh.
    soalan sye, blh x kita jama’ takhir waktu maghrib dlm isha’ bila da sampai destinasi(iaitu rumah)…. ke kita pakai konsep qada’? sye agak keliru.
    terima kasih.

    wassalam.

    • tak boleh… kalau kita dalam perjalanan pulang dari perjalanan jauh, kita mesti jamak di luar dari mukim kita.. atau luar dari kawasan daerah kita.

  31. Assalamualaikum w.b.t….

    Di sini saya ingin bertanya tentang jama’ dan qada’.Saya seorang peminat sukan permotoran iaitu lebih kepada Motocross.Memandangkan saya sering menyertai konvoi-konvoi motocross di dalam hutan sering kali meninggal solat Zohor dan Asar….ini kerana konvoi bermula pada waktu pagi (10pagi) dan terus bergerak.Jika berhenti pun hanya kerana ada motor yang mengalami kerosakan serta rehat,tetapi kadang-kadang saya tidak sempat untuk menunaikan solat pada waktu kerana mengambil banyak masa sperti membuka boot,peralatan lain dan paling nampak adalah lumpur memenuhi pakaian…Maka,konvoi agak berhenti apabila sudah senja.Di situ kami akan mndirikan khemah,memasak dan sebagainya…dan waktu itulah saya gunakan untuk solat Maghrib dan Isyak serta Subuh.
    Apakah yang perlu saya lakukan untuk mendirikan solat Zuhur dan Asar?adakah saya hanya perlu Qada’ solat sahaja?atau ada cara lain….

    ScramRiders..
    KUANTAN

    • percayalah: jika kita tinggalkan solat kerana hal2 dunia..
      pasti hal itu tidak mendapat rahmat ALLAH..
      berhenti lah seketika untuk solat…
      tunaikan dulu yg wajib…
      baju kotor tak apa, asalkan tiada najis..

  32. salam,saya ingin bertanye..blehkh sye mengqadakn solat magrb sye slps isyak jika wktu rehat sya hanya dari pukul 6 hingga 7 petang..dan sye akan terus bkerja dri pukul 7 hingga 10 mlm..

  33. salam..

    kawan saya pernah berkata, kita perlu qada solat yang kita tinggal selepas mandi wajib. misalnya seseorang itu mandi wajib sebelum waktu zohor.
    jadi selepas solat zohor kita kena qada solat subuh.
    adakah ini benar?.mohon pandangan ustaz.

  34. salam..

    adakah kita perlu qada semula solat selepas mandi wajib? misalnya seseorang itu mandi wajib selelum zohor, selepas itu pula qada solat subuh.

    mohon pandangan ustaz.terima kasih.

  35. salam… sy ingin bertanya setelah sy membaca komen2 diruangan ini saya mendpt bnyk informasi… jadi seandainya kita trtinggal solat subuh kita wajib segera melaksanakannya biarpun waktu menunjukkan jam 10pg… dgn niat yg sama.. kecuali bila kita teringat setelah kita melaksanakan solat zuhur maka kita kena menyebut qada untuk membezakan solat fardu dan jg qada… unutk mengantikan solat yg telah lama kita tinggalkan apakah niatnya sama atau perlu juga disebut qada? terima kasih

    • wsalam..

      utk membezakan solat tunai dan solat ganti, solat ganti itu perlu sebut qada jika solat ganti itu di lakukan selepas solat zohor atau mn2 solat fardhu..

      jika dilakukan pada jam 10 pg or 12 tgh hari, itu tidak perlu menyebut qada, niat seperti biasa..

      WaAllahu’alam…

  36. salam…sy setiap bln traveling menggunakan bas express. perjalanan mengambil masa selama 15jam, tp dlm perjalanan memang ada tpt persinggahan. masalahnya sy x dpt tunai kan solat dlm masa 15jam perjalanan sbb semua tpt persinggahan x da tpt solat (kedai cina). bila harus sy tunai kan solat?? terima kasih.

    • itu lh.. satu cabaran buat kita..
      jika pemandu itu beragama Islam.. seharusnya dia patut berhenti utk penumpang muslim solat..
      pertama: minta dia berhenti dimana2 RnR utk solat seketika..
      jika dia tak nak, bolehlah kita ambil qada’ selepas kita sampai ditempat destinasi yg kita tuju.

  37. assalamu’alaikum..

    boleh saya tahu apakah niat qada nyer & berapa rakaat yg perlu di gantikan bagi kesemua solat fardhu??

  38. salam…saya nak tahu..sekiranya tertinggal solat isyak pada malam hari nya..bolehkah kita mengqada solat isyak itu sewaktu waktu subuh ke esokkan harinya?

  39. salam..ustaz, boleh kah kite mengqadakan solat yg lama tertinggal di masjidil haram. dan jika bersolat qada disana adakah kita mendapat juga fadilat nya.

  40. Assalamualaikum…saya musykil tentang persoalan ni..solat yang ditinggalkan sama ada sengaja atau tidak disengajakan perlu diganti..adakah solat sebelum baligh perlu diganti semula kerana ada beberapa sumber mengatakan kiraan amalan hanya dibuat selepas baligh..terima kasih ustaz..

  41. assalamualaikum…

    saya ingin bertanya,jika kita rase kita ade tertingal solat pada masa yg lepas dan kita ingin menunaikan solat qada, bolehkah kita menqada semua waktu dalam satu waktu kerana takut ada solat yg tertinggal?

    contohnya:kita solat qada zohor asar maghrib isyak dan subuh dalam waktu zohor kerana takut ade yg tertinggal pade masa dahulu….. adakah solat tersebut sah?

  42. salam…
    1)saya nk tny mcm mane niat qada solat…adakah terdapat perkataan qadaan dalam niat?
    2)jika saya mahu qada solat tp saya buat lps waktu solat seperti lps solat zohor sye qada buat 5 kali terus ke…sah ke tidak?
    mohon ditujukan jalan yg lurus..

  43. Salam…sy ingin bertanya…ada kawan saya berkata,selagi kita belum mengqada’kan solat2 wajib yg pernah kita tinggalkan sebelum ini,kita tidak di galakkan untuk membuat solat2 sunat seperti solat terawih dan solat-solat sunat yang lain. saya betul2 ingin tahu kerana saya juga telalu banyak meninggalkan solat fardu dahulu tapi saya juga ingin menunaikan solat-solat sunat yang lain….

  44. assalamualaikum..

    saya nak tanya bleh kh qada solat..misalnya solat zohor d’qadakn secara berulang2..da slesai 4 rakaat, bangun semula lagi,ulang qoda solat zohor smpai la stakat yang kte mampu mampu??

    terima kasih..

  45. salam ustat,

    saya nak tanya, kebetulan semalam saya telah tertinggal solat zuhur jadi ada satu hamba Allah memberitahu saya jika kita tertinggal zuhur hendalah di qadakan pada waktu magrib. kata nyer haram jika kita ganti kan di waktu asar. SAYA BETUL2 KELIRU TOLONG SAYA USTAT..

  46. salam , saya nak tanya , sah tak solat qada saya jika saya qada solat itu pada 12.45 pm ?

  47. as salam, tolong confirm niat qada solat..cth nak qada solat subuh..”usalli qadaan subhi rakaataini lillahitaala?” – sahaja aku qada solat subuh 2 rakaat kerana Allah Taala. betul tak bacaan niat ni? Tk.

  48. kepada mereka yang masih tidak jelas lagi dengan penjelasan ana berkenaan dengan permasalahan di atas, kerena ana lihat rata2 mempunyai masalah yang hampir serupa..boleh call melalui no hp ini.. 013-9147267

    p/s: mudah2an ntum call untuk pertanyaan sahaja…mudah2an sama2 kita memperbaiki diri kita untuk menjadi hamba ALLAH yang lebih baik lagi..insyaALLAH ameen..jazakaALLAH khair.

  49. Mohon Untuk Disebarkan.

  50. qada solat terbahagi pd 2,iaitu utk yg xsngaja dgn sengaja.. sy ingin qada solat yg mmg sngaja sy tinggal sejak akil baligh lg iaitu sejak berumur 12thn, dan skrg berumur 26thn.. persoalannya skrg, tntng waktu.. adakah sy boleh qada mana2 solat pd mana2 waktu yg terluang.. dan apakah niat nya sama spt biasa atau ada tmbahan QADA??? mohon pnjelasan.. sekian…

  51. hari ini saya tertinggal solat asar dan solat maghrib.mslhnya saya tidak dpt meninggalkn tmpt krja krna melibatkn nyawa pesakit.bgaimana saya hndak qada solat?adakah ia dilakukan selepas menunaikan solat isya’?

    • bagi mereka yg terlibat dengan proses pembedahan, atau melibatkan nyawa pesakit.. anda boleh jamak solat… cthnya jika kita terlibat pembedahan dari jam 2 hingga 8 malam.. kita boleh jamak takdim waktu zohor dan asar…

  52. assalamualaikum,saya ingin tahu bolehkah kita membaca surah al-fatihah untuk mengantikan doa qunut jikalau kita belum menghafal doa qunut.(sembahyang subuh)

  53. alhamdulillah….tuhan melindungi kami…

  54. It helps alot. Jaza kaullahu khair

  55. kalo saya x taw bile masuk waktu syuruk…and saya assume dah lepas syuruk and niat qadha solat subuh.tp waktu subuh masih ade..adakah sah solat saya?

    • insyaALLAH masih sah.. lepas ni jangan ulangi lagi.. kita sudah mempunyai pelbagai teknologi.. tampalkan satu bulan waktu solat.. insyaALLAH kita pasti boleh tepatinya.

  56. saya setiap hari gada sembahyang asar dan magrib bolehkah saya berbuat begitu kerana tidak berkesempatan melakukan solat.

  57. assalamualaikum…klu saya tertinggal solat subuh tp saya muskil utk menggantikannya…jadi saya tgu sehingga mane2 solat fardhu dan mengqadakan solat subuh slps solat fardhu tersebut.,adakah qada saya itu sah…kerana saya tidak tahu waktu bila sesuainya menggantikan solat fardhu

  58. bagaimana seseorng tersebut mandi wajib pd waktu syuruk dan setelh selesai mandi,ia akn menunaikan sot subuh yg telh ditinggalkn,adakah boleh solat tersebut dilakukan pd waktu syuruk?dan adakah seseorng tersebut perlu mngantikan solat isya’ juga?

  59. Cara niat Qada bagi solat fardu lima waktu yang tertinggal.

    1. Solat Maghrib:
    “Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat
    qada’ kerana Allah Ta’ala”
    2. Solat Isyak:
    “Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat
    qada’ kerana Allah Ta’ala”
    3. Solat Subuh:
    “Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat
    qada’ kerana Allah Ta’ala”
    4. Solat Zuhur:
    “Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat
    qada’ kerana Allah Ta’ala”
    5. Solat Asar:
    “Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat
    qadha’ kerana Allah Ta’ala

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 35 other followers

%d bloggers like this: